Samudera Rindu | |
---|---|
Genre | Drama, keluarga |
Ditulis oleh | Ramlah Rashid |
Pengarah | Amor Rizan |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Sinematografi | Ramli Long |
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV9 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 25 September 2016 – 27 Oktober 2016 |
Samudera Rindu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 dibintangi oleh Dynas, Azhan Rani, Eyra Hazali, Watie Sadali, Effa Nareesha, Hafeez Mikail dan Alif Hadi. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV9 dari 25 September 2016 hingga 27 Oktober 2016 menggantikan Rintihan Nek Mis.[1][2]
Sinopsis
Mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.
Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.
Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.
Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.
Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi.
Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?
Pelakon
Pelakon utama
- Dynas Mokhtar sebagai Nadia
- Azhan Rani sebagai Zainal
- Eyra Hazali sebagai Athirah
- Watie Sadali sebagai Siti
- Effa Nareesha sebagai Aisyah
- Hafeez Mikail sebagai Norman
- Alif Hadi sebagai Ezaril
Pelakon pembantu
- Emelie Hanif sebagai Maria
- Fathimah Zahrah Ahmad sebagai Zahra
- Arield Mohd Ariffin Razak
- Ramli Long sebagai Pak Tam
- Azhar Amir sebagai Dr. Faizal
- Syafiq Nazri sebagai Dr. Ismail
- Qhuzie Johari sebagai Saodah
- Nelissa Nizam sebagai Eliza
- Mama Sheeda Ali sebagai Cik Peah
- Nor Amisah Abdullah sebagai Senah
- Zulkifli Salleh sebagai Shamsul
- Jeff Hassan sebagai Pak Ali
- Noriza Salleh sebagai Mak Leha
- Qis Sajat sebagai Puan Idah
- Mili Supina sebagai Faizah
Pelakon kanak-kanak
- Hawa Khadijah Fazli sebagai Athirah kecil
- Bella Roslita Rosli sebagai Athirah bayi
Runut bunyi
- "Melankoli" - Azlan & The Typewriter
- "Pinggiran Syurga" - Wan Imran
- "Mimpi Bahagia" - Azharina dan Hazami
Rujukan
- ^ Drama Samudera Rindu (TV9) My Infotaip (23 September 2016). Dicapai pada 5 Mei 2017.
- ^ Budiey (23 September 2016). Dynas Mokhtar dan Azhan Rani dalam drama bersiri Samudera Rindu Sensasi Selebriti. Dicapai pada 5 Mei 2017.