

Sampul raya atau sampul hijau ialah sejenis sampul untuk diletakkan duit raya.[1] Ia adalah penyesuaian masyarakat Melayu dengan tradisi sampul merah masyarakat Cina.
Semasa perayaan hari raya Aidilfitri, umat Islam di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura mengedarkan wang dalam sampul kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka.[2] Sampul yang berisi wang dijadikan sebagai sedekah daripada tuan rumah.[3] Jumlah wang bergantung pada jumlah yang tuan rumah mampu berikan kepada tetamu mereka.[4]
Sesuai peredaran masa, sampul raya tidak terikat hanya dengan warna hijau. Rekaan sampul menjadi pelbagai, dengan menampilkan warna-warna keceriaan, menonjolkan rekaan tradisi dan warisan, serta kreativiti pereka, mesej kemanusiaan dan gambar sesuai.[5][6]
Lihat juga
- Eidiyah, istilah untuk budaya serupa tetapi tidak terikat pada pemberian wang di negara dunia Arab.
Rujukan
- ^ Sarawak, Utusan (2025-03-12). "MOTS: Inisiatif sampul hijau sampaikan mesej keselamatan sempena Aidilfitri". UTUSAN SARAWAK (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-03.
- ^ http://design-cu.jp/iasdr2013/papers/1893-1b.pdf
- ^ "Berita - Kanak-kanak gembira mendapat sampul hijau..." www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2025-04-03.
- ^ "Card gift guide". Tuesday, 18 June 2019
- ^ Adha, Hazwani (2025-03-25). "Aidilfitri 2025: BSN, ZUS Coffee & 7 Lagi 'Design' Sampul Raya Eksklusif Tahun Ini | TRP". https://www.therakyatpost.com/ (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-03. External link in
|website=
(bantuan) - ^ "Berita 2021b - Sampul raya pelbagai rekaan serikan sambutan..." www.pelitabrunei.gov.bn. Dicapai pada 2025-04-03.