Samir Karnik | |
---|---|
Kelahiran | |
Pekerjaan | Pengarah, penerbit, penulis |
Tahun aktif | 2002-kini |
Samir Karnik (Bahasa Panjabi: ਸਮੀਰ ਕਾਰ੍ਨਿਕ, Hindi: समीर कार्निक, Urdu: سمیر کارنک), ialah seorang pengarah, penerbit dan penulis India dari perfileman Hindi.
Kerjaya
Karnik menduduki kerusi pengarah menerusi filem pertamanya Kyun! Ho Gaya Na... pada 2004 yang dibintangi oleh Aishwarya Rai dan Vivek Oberoi.[1] Beliau menerbitkan dan mengarahkan filem Heroes pada 2008.[2] Beliau juga menulis cerita dan dialog beberapa filemnya.
Filem arahannya Yamla Pagla Deewana yang dibintangi oleh Dharmendra, Sunny Deol dan Bobby Deol dikeluarkan pada 14 Januari 2011.[3]
Filemografi
Tahun | Filem | Peranan | Catatan |
---|---|---|---|
2012 | Chaar Din Ki Chandni | Pengarah | |
2011 | Yamla Pagla Deewana | Pengarah, Penerbit | |
2009 | Vaada Raha | Pengarah | |
2008 | Heroes | Pengarah, Penerbit | |
2007 | Nanhe Jaisalmer | Pengarah | |
2004 | Kyun! Ho Gaya Na... | Pengarah |
Rujukan
- ^ "'I still don't know how to take a shot': Samir Karnik". Rediff. 11 Ogos 2004. Dicapai pada 1 Januari 2011.
- ^ "After patriotism, Samir Karnik moves to action-thriller". Daily News and Analysis. Dicapai pada 1 Januari 2011.
- ^ "Yamla Pagla Deewana re-climaxed". Mid-Day. 2010-12-06. Dicapai pada 1 Januari 2011.