Dato' Salleh Jafaruddin D.S.A.P. | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Oya | |
Dalam jawatan 1980–1986 | |
Didahului oleh | Edwin Esnen Unang |
Digantikan oleh | Wan Madzihi Wan Madzhar |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Mukah | |
Dalam jawatan 1978–1979 | |
Didahului oleh | Latip Idris |
Digantikan oleh | Edward Esnen Unang |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi Balingian | |
Dalam jawatan 1974–1977 | |
Didahului oleh | Mohd Pauzi Hamdani |
Digantikan oleh | Wan Habib Syed Mahmud |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Salleh bin Jafaruddin 1944 (umur 80–81) Sarawak, Malaysia |
Parti politik | (1973-1986) Bebas Parti Islam Se-Malaysia (sejak 2012) |
Pasangan | Sharifah Hajijah Syed Jamil |
Pertalian | Abdul Taib Mahmud (Dua pupu) |
Dato' Salleh Jafaruddin ialah seorang ahli politik Malaysia dari Sarawak. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Mukah pada 1978 sebelum meletak jawatan pada 1979. Beliau juga pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi DUN Balingian pada 1974–1977 dan DUN Oya (1980–1986). Ketika menjadi ahli parlimen, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.
Keluarga
Beliau merupakan dua pupu kepada Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud dan anak saudara bekas Ketua Menteri Sarawak, Abdul Rahman Ya'kub.
Politik
Pada 16 April 2011 beliau bertanding sebagai calon Bebas menentang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di kerusi DUN Balingian pada Pilihan raya DUN Sarawak 2011[1][2].
Salleh turut terlibat bersama Abdul Rahman Ya'kub dalam 'Kumpulan Maju' dalam Peristiwa Ming Court Hotel 1987 untuk menjatuhkan Taib.[3]
Pada Jun 2012, beliau mengumumkan penyertaan dalam Parti Islam Se-Malaysia.[4][5]
Bersara dari politik
Salleh giat melibatkan diri dalam kerja-kerja dakwah secara persendirian di Sarawak dan membuka beberapa sekolah tahfiz. Beliau terlibat dalam aktiviti dakwah untuk menyebarkan syiar Islam secara persendirian di Sarawak sebab kedudukan saya sebagai pembangkang. Beliau mengadakan sekolah tahfiz 19 tahun lalu , mendapatkan guru-guru agama datang dari Indonesia melalui laluan negeri Sabah.