
Salikin Bin Hj Sidek (lahir 30 September 1960) merupakan seorang pereka fesyen Malaysia, ahli perniagaan, penulis dan penggiat pemuliharaan tekstil Malaysia yang terkenal dalam kepakarannya dalam busana tradisional Melayu menggubakan fabrik warisan seperti Songket, Batik dan Limar. Dilahirkan di Kluang, Johor. Beliau ialah pengasas label jenama dan butik Salikin Sidek serta penulis buku Busana Tradisional (2010), Busana Pengatin Melayu Tradisional (2011) dan Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu (2015). Media Malaysia sering merujuknya sebagai " Raja Busana Tradisional ", dan rekaan beliau pernah digayakan oleh banyak tokoh ternama seperti M.Nasir, Bella Astillah serta Allahyarhamah Azah Aziz. Salikin turut menerima anugerah termasuk pengiktirafan dan aktif memperjuangkan pemeliharaan serta penghasilan semula tekstil warisan Melayu.
Salikin juga banyak memperagakan koleksi beliau di pelbagai acara dan majlis terkemuka seperti Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW), Festival Fesyen KL (FFKL), Piala Seri Endon (PSE), Islamic Fashion Festival (IFF), Malaysia International Fashion Alliance (MIFA) dan sebagainya.
Kerjaya
Salikin Sidek ialah merupakan pemilik jenama dan butik Salikin Sidek yang menumpukan pada busana tradisional Melayu. Beliau juga menyediakan perkhidmatan dalam rekaan busana, fesyen pengantin, jahitan tempahan (Tailoring) serta pembuatan pakaian siap (Garment Manufacture). Beliau turut mengusahakan mereka pakaian seragam korporat rasmi. Kepakarannya merangkumi pakaian perkahwinan dan kostum teater memperlihatkan keluasan bakat beliau dalam menggabungkan tradisi dan kontemporari.
Beberapa kajian akademik turut menyebut rekaannya dalam perbincangan mengenai evolusi baju kurung moden, yang menekankan keseimbangan antara inovasi dan identiti tradisi.
Beliau juga menulis buku penerbitan Alaf 21 iaitu Busana Tradisional (2010), Busana Pengatin Melayu Tradisional (2011) dan Kebaya Kontemporari Seniwati Melayu (2015).
Salikin menekankan pemeliharaan tekstil Melayu warisan melalui usaha pemgumpulan pemuliharaan dan penghasilan semula fabrik sejarah seperti Limar. Beliau memberi penekanan terhadap cabaran teknikal seperti kesan haba dan penyimpanan yang salah boleh merosakkan fabrik halus.
Anugerah & Pengiktirafan
Salikin Sidek telah menerima antara beberapa anugerah sepanjang kerjayanya:
| Tahun | Anugerah / Pengikitirafan | Penganjur |
|---|---|---|
| 1995 | Anugerah Pereka Fesyen Malaysia | Persatuan Palang Merah di bawah naungan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tunku Jaafar dan Raja Permaisuri Agong |
| 1995 | Pakaian Terbaik (Perarakan Hari Kebangsaan) | Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia |
| 1996 | Tempat Kedua, Pakaian Terbaik | YTL Group |
| 1997 | Tempat Ketiga, Pakaian Terbaik | UNW |
| 1998 | Johan, Pakaian Terbaik (Hari Kebangsaan) | Celcom |
| 2006 | Pereka Jemputan Minggu Fesyen Kuala Lumpur | Tourism Malaysia |
Terdapat juga pelbagai lagi anugerah dan pengiktirafan beliau perolehi sepanjang kerjaya.
Sukarelawan COVID-19
Sewaktu negara dilanda Pandemik Covid-19, Salikin Sidek bersama pereka-pereka fesyen lain membantu menghasilkan pakaian PPE kepada barisan frontliners negara.
Pertandingan Kemahiran Antarabangsa
Salikin turut mewakili Malaysia sebagai pakar juri dalam pertandingan teknologi fesyen di bawah WorldSkills Competition (WSC) dan ASEAN Skills Competition.
| Tahun | Acara / Pertandingan | Peranan | Pencapaian / Pengikitirafan |
|---|---|---|---|
| 2012 | ASEAN Skills Competition (Jakarta) | Ketua Pakar Teknologi Fesyen | Pingat Perak (Malaysia) |
| 2013 | WorldSkills Competition (WSC) (Leipzig, Jerman) | Pakar Malaysia, Teknologi Fesyen | Medal of Excellence |
| 2014 | ASEAN Skills Competition (Hanoi) | Pakar Malaysia Teknologi Fesyen | Pingat Emas (Malaysia) |
Kehidupan Peribadi
Salikin Sidek berkahwin dengan Anita Anuar. Pasangan ini dikurniakan empat orang anak:
- ariqsalikin
- Asila Sofea
- Ajwa Saliha
- Anis Syahira
Pautan Luar
Instagram salikinsidek_official salikinsidek_rtw
Facebook Salikin Sidek Salikin Sidek Full








