Industri | Peruncitan |
---|---|
Ditubuhkan | 2 April 1995 1999 (sebagai Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd) | (sebagai Sabasun Sdn Bhd)
Ibu pejabat | Kuala Terengganu, Malaysia |
Kawasan perkhidmatan | Terengganu |
Tokoh penting | Che Salmi Che Ibrahim, pengasas |
Keluaran | Makanan dan pelbagai barang |
Syarikat induk | Sabasun Hyperuncit Sdn Bhd |
sunting · sunting di Wikidata |
Sabasun Hyperuncit (digayakan sebagai SABASUN HYPErRUNCIT) ialah sebuah rangkaian pasar raya runcit di Terengganu, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2 April 1995 di Terengganu dan menjual 350 barangan syarikat perusahaan mikro, kecil dan sederhana.[1]
Setakat Jun 2024[kemas kini], syarikat berkenaan mempunyai enam cawangan iaitu di Bukit Kecil, Kuala Terengganu; Wakaf Tembesu di Kuala Nerus; Kijal, Ajil dan Cheneh di Kemaman serta sebuah cawangan di luar Terengganu iaitu di Kampung Baru, Kuala Lumpur.[2]
Rangkaian pasar raya ini mengamalkan konsep halalan tayyiban (halal dan bersih), bermilikan bumiputera dan menggunakan pekerja tempatan secara keseluruhannya.[3]
Isu-isu
Boikot barangan berkaitan Israel
Rangkaian pasar raya juga memutuskan untuk memboikot sepenuhnya dan tidak lagi menjual sebarang produk berkaitan atau barangan yang memberikan keuntungan kepada Israel bermula Mac 2024.[4].
Rujukan
- ^ Salim, Zaid (2024-06-04). "Che Salmi Sabasun meninggal dunia akibat kanser". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ MOKTAR, NURFARDLINA IZZATI (2024-06-04). "Pengarah Urusan Sabasun meninggal dunia akibat kanser". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-06-04.
- ^ "Sabasun Lambang Kejayaan Anak Melayu Tempatan". TRDI. 19 Ogos 2020.
- ^ YATIM, NORHASPIDA (2024-02-20). "Sabasun boikot sepenuhnya produk berkaitan Israel bermula Mac". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-06-04.