Söğüt | |
---|---|
Negara | ![]() |
Wilayah | Wilayah Bilecik |
Keluasan | |
• Daerah | 530.21 km2 (204.72 batu persegi) |
Penduduk (2012)[2] | |
• Bandar | 13,891 |
• District | 19,842 |
• Kepadatan District | 37/km2 (97/batu persegi) |
Söğüt [søʲyt] adalah sebuah bandar dan daerah yang terletak di wilayah Bilecik dalam Marmara, Turki. Luas Söğüt adalah sekitar 599 km2 (231 bt2) dan bersempadan dengan Bilecik di barat, Gölpazarı di utara, İnhisar di timur laut, Eskişehir barat laut, dan Bozüyük barat daya. Berdasarkan bancian pada tahun 2000, penduduk Söğüt berjumlah kira-kira 21,012 orang, dan anggaran pada tahun 2010, jumlah penduduknya adalah 19,425 orang. Söğüt merupakan ibu negara pertama empayar Uthmaniyyah bermula semasa ia ditubuhkan pada 1299 sehingga tahun 1335.
Sejarah
Hari ini
Hari ini Söğüt merupakan sebuah kota kecil lembah sungai di wilayah Bilecik. Sejarah Turki dan patung-patung para sultan Uthmaniyah bersaiz manusia biasa dipamerkan di Muzium Ethnografikal Söğüt. Ia juga merupakan pusat daerah ketiga terbesar selepas Bozüyük dan Bilecik. Pasarnya dibuka pada setiap hari Khamis dan penduduk dari daerah İnhisar dan Yenipazar mengunjunginya untuk membeli belah.
Rujukan
- ^ "Area of regions (including lakes), km²". Regional Statistics Database. Turkish Statistical Institute. 2002. Dicapai pada 2013-03-05.
- ^ "Population of province/district centers and towns/villages by districts - 2012". Address Based Population Registration System (ABPRS) Database. Turkish Statistical Institute. Dicapai pada 2013-02-27.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Söğüt |