Rusuhan Los Angeles ialah sebuah rusuhan yang berlaku di sekitar kaunti Los Angeles pada bulan April hingga Mei 1992 berikutan keputusan juri terhadap empat pegawai Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) daripada tuduhan menggunakan kekerasan berlebihan ketika menahan Rodney King, seorang pekerja tapak binaan, pada Mac tahun sebelumnya; kejadian ini terakam lalu disiarkan secara meluas dalam TV sehingga membangkitkan kemarahan orang ramai.
Kejadian huru-hara ini tersebar ke seluruh kawasan bandar raya Los Angeles selama enam tempoh hari berikut pengumuman keputusan perbicaraan tersebut. Perompakan, penyerangan, kebakaran sengaja dan pembunuhan berlaku secara meluasnya sehingga menyebabkan kerosakan harta benda lebih dari $1 bilion. Keadaan darurat ini memaksa Pemerintah Negeri California pimpinan Pete Wilson sera Presiden George H. W. Bush campur tangan menghantarkan angkatan tentera persekutuan untuk meredakan keadaan di sana.
Permulaan
Pada malam 3 Mac 1991, Rodney King dan dua penumpang yang sedang berkendara ke arah barat Foothill Freeway (I-210) melalui kejiranan Lake View Terrace di kota Los Angeles. Pengawal Jalan Raya California (California Highway Patrol, CHP) cuba menghentikan lalu lintas; keadaan ini membawa kepada suatu kejar mengejar laju sehingga 115 bsj (185 km/j) di sepanjang jalan raya serta melalui kawasan-kawasan perumahan. KPegawai CHP Timothy Singer dan isterinya pegawai Melanie Singer memberkas ketiga-tiga orang dalam kereta milik King sebaik sahaja King menghemtikan keretanya.[1]
Dua orang penumpang King ditahan dalam kereta polis, sambil lima pegawai Jabatan Polis Los Angeles (Los Angeles Police Department, LAPD) – Sarjan Stacey Koon, Laurence Powell, Timothy Wind, Theodore Briseno, and Rolando Solano – mengelilingi King yang keluar dari keretanya. King direnjat, dipukul berkali-kali serta dihumban ketika digari; menurut Koon ketika dia dibicarakan, King disangka berada di bawah pengaruh dadah PCP lalu menyebabkan King bertindak kasar terhadap para pegawai tersebut.[2] Bukti rakaman yang diperolehi menunjukkan King cuba bangun namun disungkurkan para pegawai itu;[3] malah King diuji tiada kesan pengambilan dadah PCP sewaktu ditahan.[4]
Rusuhan
Rusuhan bermula sebaik keputusan perbicaraan diumumkan dan memuncak selama dua hari berikutnya. Satu perintah berkurung senja-ke-subuh dan penempatan Pengawal Kebangsaan Tentera California dan tentera persekutuan dari Bahagian Infantri Ke-7 dan Bahagian Marin Ke- 1 akhirnya mengawal keadaan.[5]
Hari 1 - Rabu, 29 April
- Sebelum keputusan perbicaraan
- Selepas keputusan disiarkan
Hari 2 - Khamis, 30 April
Datuk Bandar Bradley menandatangani perintah berkurung senja-ke-fajar pada pukul 12:15 tengah malam untuk kawasan teras yang terjejas oleh rusuhan. Pada 10:15, kawasan liputan pelaksaan ini diluaskan lebih besarnya 10 jam kemudian. Keganasan meluas menjelang tengah pagi di mana kecurian dan pembakaran sengaja banyak disaksikan di seluruh Los Angeles County. Kekecohan beralih dari South Central Los Angeles ke arah utara melalui kejiranan Los Angeles Tengah sebelum sampai ke Hollywood. Kes rompakan dan kebakaran turut merebak ke Hollywood Boulevard, sebelum rusuhan meletus di bandar-bandar Inglewood, Hawthorne, Compton dan Long Beach yang berdekatan.
Hari 3 - Jumaat, 1 Mei
Rodney King, mangsa keganasan polis yang menjadi tumpuan rusuhan ini segera memberikan sidang akhbar di depan pejabat peguamnya. King kelihatan begitu sugul sambil berkata di hadapan para wartawan:
"People...I just want to say, can we all get along? Can we get along?"
["Para hadirin, saya cuma mahu berkata [benda ini sahaja], tidak bolehkah kita semua berdamai sama-sama?"][6][7]
Pagi itu, pada pukul 1:00 pagi, Gabenor Wilson telah meminta bantuan pemerintah persekutuan. Presiden George H. W. Bush melaksanakan Akta Kebangkitan (Insurrection Act) melalui Perintah Eksekutif 12804 di mana Pengawal Kebangsaan Tentera California diberikan arahan secara langsung dari Washington demi membantu memulihkan keadaan.[8] Dengan kuasa Bush, pihak tentera yang berpangkalan di Pentagon mengaktifkan Operasi Garden Plot yang menggabungkan Pengawal Kebangsaan Tentera California dan tentera persekutuan di bawah suatu Pasukan Petugas Gabungan (Joint Task Force Los Angeles, JTF-LA) namun mereka tidak segera bertindak sehingga keesokan harinya.
Pada ketika ini, banyak acara hiburan dan sukan sama ada ditangguhkan atau dibatalkan; ada sebahagian daripada acara yang dirancang juga dipindahkan ke kawasan lebih selamat atau terpelihara infrastrukturnya.
Hari 4 - Sabtu, 2 Mei
Sebanyak 2,000 orang askar tentera Bahagian Infantri ke-7 dari Fort Ord dan 1,500 orang anggota Marin Bahagian Marin Pertama dari Camp Pendleton tiba memberikan bantuan di bandar.
Kesan
Masyarakat bangsa Korea-Amerika terutamanya paling terjejas akibat rusuhan ini dengan anggaran kerugian sebanyak $ 400 juta hasil kerosakan ke atas kedai-kedai mereka sebanyak lebih 1,600 kedai yang musnah sepenuhnya. Mangsa dalam kalangan masyarakat ini turut mengalami mengalami masalah emosi, dan psikologi. Menurut Pusat Kaunseling dan Pencegahan Warga Bangsa Asia dan Pasifik, 730 orang warga bangsa Korea mengalami kecelaruan stres pascatrauma dengan terlihatnya gejala termasuk insomnia, rasa tidak bermaya, dan sakit otot.[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Sergeant Says King Appeared to Be on Drugs". The New York Times. 20 Mac 1992. Dicapai pada 4 Mac 2011.
- ^ "Sergeant Says King Appeared to Be on Drugs". The New York Times. 20 Mac 1992. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 12 Mei 2016.
- ^ Faragher, John. "Rodney King tape on national news". YouTube. Dicapai pada 19 Jun 2014.
- ^ "Prosecution Rests Case in Rodney King Beating Trial". tech.mit.edu – The Tech. Dicapai pada 12 Mei 2016.
- ^ "Los Angeles Riots Fast Facts". CNN.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ Keyes, Ralph. "The Quote Verifier: Who Said What, Where, and When". RalphKeyes.com. ISBN 0-312-34004-4. Dicapai pada 27 April 2017.
- ^ Mydans, Seth (9 Disember 1993). "Jury Could Hear Rodney King Today". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Januari 2008. Dicapai pada 9 Januari 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Operation Garden Plot, JTF-LA Joint Task Force Los Angeles:". GlobalSecurity.org. Dicapai pada 24 April 2012.
- ^ Kim, Rose M. (2012). "3. "Violence and Trauma as Constitutive Elements in Korean American Racial Identity Formation: The 1992 L.A. Riots/Insurrection/Saigu."". Ethnic & Racial Studies. 35 (11): 1999–2018. doi:10.1080/01419870.2011.602090. Dicapai pada November 8, 2012.