Ruslan Mamat | |
---|---|
Juga dikenali sebagai |
|
Kelahiran | 1961 Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 19 November 2020 (umur 59) Serdang, Selangor, Malaysia |
Pekerjaan | Pemuzik, komposer, penerbit rakaman |
Tahun aktif | 1981–2020 |
Ruslan Mamat (1961 – 19 November 2020)[1] merupakan seorang komposer, konduktor muzik dan penerbit rakaman Malaysia yang berprolifik sebagai komposer dan penggubah lagu dangdut.[1]
Sebelum menceburi bidang muzik, Ruslan memulakan kerjaya awalnya sebagai wartawan dan penyunting di Karangkraf untuk beberapa majalah termasuk Watan, Bacaria dan Media Hiburan.[2] Sepanjang kerjayanya sebagai komposer, beliau menggunakan nama anak keduanya, Nabila dalam setiap hasil karya nukilannya. Lagu-lagu hasil karyanya telah dipersembahkan oleh ramai penyanyi terkenal termasuk Amelina, Haiza, Mas Idayu, Eva, Ifa Raziah dan Ani Maiyuni.[3]
Ruslan dimasukkan ke Hospital Serdang pada 5 Oktober 2020, namun keadaan kesihatannya mula merosot beberapa minggu kemudian.[2] Beliau meninggal dunia semasa tidur pada Khamis, 19 November akibat pelbagai masalah kesihatan termasuk masalah jantung dan paru-paru berair pada usia 59 tahun.[4][5]
Rujukan
- ^ a b "Komposer terkenal angkat irama dangdut Ruslan Mamat meninggal dunia". mStar Online. 20 November 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ a b Wawann Mohd (20 November 2020). "Komposer era 1990an, Ruslan Mamat meninggal dunia". Sinar Harian. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (20 November 2020). "Banyak jasa Ruslan Mamat buat Amelina, Haiza dan Eva". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ "Ruslan Mamat meninggal dalam tidur". Berita Harian. 20 November 2020. Dicapai pada 4 Disember 2020.
- ^ Ridzuan Abd Rahman (20 November 2020). "Komposer Ruslan Mamat meninggal dunia". Harian Metro. Dicapai pada 4 Disember 2020.