Kumpulan Rufaqa adalah sebuah syarikat multinasinal yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini diasaskan oleh Asaari Muhammad pada 1997 selepas beliau bertaubat. Antara lain, syarikat ini terlibat dalam sektor jualan runcit, multimedia, penjagaan kesihatan, dobi dan motivasi[1][2][3].
Senarai syarikat yang termasuk dalam payung kumpulan Rufaqa ialah [4]:
- Rufaqa Corporation Sdn Bhd (syarikat induk)
- Rufaqa Enterprise Sdn Bhd
- Rufaqa Selatan Sdn Bhd
- Rufaqa Technology Sdn Bhd
- Rufaqa Ternak Sdn Bhd
Pada November 2006, kumpulan ini telah diserbu oleh JAIS kerana dikatakan cuba menghidupkan semula kumpulan al-Arqam yang telah diharamkan[5]. Rufaqa menafikan tuduhan ini[3].
Rujukan
Alamat
- Rufaqa Corporation Sdn Bhd
- No 9-A, Jalan Desa 1/1
- Bandar Country Homes
- 48000 Rawang
- Selangor