Roxanne Beckford | |
---|---|
Kelahiran | |
Nama lain | Roxanne Beckford-Hoge |
Pekerjaan | Pelakon filem televisyen, Penerbit |
Tahun aktif | 1991–kini |
Pasangan | Bob Hoge, 1996–kini |
Anak-anak | 4 |
Roxanne Beckford (lahir 17 November 1969) juga dikenali sebagai Roxanne Beckford-Hoge, ialah seorang pelakon Amerika yang dilahirkan dan dibesarkan di Jamaica. Beliau telah berlakon dalam pelbagai siri televisyen dan memainkan peranan kecil dalam filem, termasuk Bewitched (2005), Something's Gotta Give (2003), dan Father of the Bride Part II (1995). Beckford memulakan kerjaya dalam lakonan sebagai kanak-kanak yang membintangi dalam iklan televisyen di Jamaica. Suaminya, Bob Hoge, juga seorang pelakon. Mereka mempunyai empat anak termasuk kembar yang dipaparkan pada episod 1 Bringing Home Baby, sebuah rancangan TLC, pada tahun 2005.
Kehidupan keluarga
Beckford berkahwin dengan pelakon, penulis, pengarah, Bob Hoge pada 6 Julai 1996. Suaminya juga menjalankan perniagaan bersalin. Apabila beliau muncul pada siri realiti channel TLC, Bringing Home Baby bersama dengan suaminya pada tahun 2005, Beckford baru sahaja melahirkan anak kembar mereka.