Roti keju (Jawi: روتي كيجو ), juga bun keju (Jawi: بون كيجو ) ialah roti gulung yang kecil yang dipanggang di ketuhar dan mempunyai rasa keju. Kebiasannya, keju yang telah diparut akan diletakkan di atas roti.[1] Ia juga merupakan makanan ringan dan sarapan pagi di Brazil. Roti keju terdapat dalam pelbagai variasi, misalnya roti keju masin dan manis.[2] Asalnya dalam perkataan Bahasa Portugis Brazil, pão de queijo; bermaksud roti keju.[3] Roti keju boleh dibuat dengan menggunakan tepung ubi kayu, tepung jagung, tepung berserbuk penaik (Tepung naik sendiri),[4] atau tepung gandum,[1][5]; bergantung kepada individu. Ia dijual dengan harga murah dan sering dijual dari penjual jalanan, kedai roti, di kedai makanan ringan, di pasar raya dan di kedai runcit. Roti keju juga dapat dibuat mudah dengan menggunakan roti putih dengan dipanggang di kuali leper dan diletakkan keju pada permukaan roti.[6]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b Sufi S. Yahyono (1990). Kreasi roti (dalam bahasa Indonesia). Gramedia Pustaka Utama. m/s. 24. ISBN 9789796553327.
- ^ Wulan Ayodya (2013). Cara Awal Buka Usaha Roti Kue (dalam bahasa Indonesia). Elex Media Komputindo. m/s. 14. ISBN 9786020410463.
- ^ Lonely Planet Food (2015). The World's Best Brunches: Where to Find Them and How to Make Them (dalam bahasa Inggeris). Lonely Planet. ISBN 9781743608814.
- ^ Norani Sidek (1999). Roti, kek, pastri. Utusan Publications. m/s. 158. ISBN 9789676107527.
- ^ Saadiah Mohamad (2010). Kompilasi Hidangan Roti. Alaf 21. m/s. 51. ISBN 9789831245439.
- ^ Ny. Beriani Kusuma (2017). Menu Kuliner 30 Hari Mak Nyusss!: Elmatera (dalam bahasa Indonesia). Diandra Kreatif. ISBN 9786026549556.