Rosemarie Frankland | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 2 Disember 2000 | (umur 57)
Pangkat | Miss United Kingdom 1961 Miss World 1961 |
Rosemarie Frankland (1 Februari 1943 - 2 Disember 2000) ialah seorang pelakon, model dan ratu kecantikan Wales yang memenangi pertandingan kecantikan Miss United Kingdom dan Miss World pada tahun 1961.
Biografi
Dilahirkan di Rhosllannerchrugog, Denbighshire, di timur laut Wales pada tahun 1943, Frankland berpindah ke Lancashire, England, ketika masih kecil. Beliau mengikuti banyak pertandingan kecantikan dan memenangi gelaran Miss Wales dan, kemudian pada tahun 1961 di London, beliau menjadi (sebagai Miss United Kingdom) wanita England pertama yang memenangi pertandingan Miss World. Beliau juga berjaya menjadi pemenang tempat pertama di Miss Universe 1961. Bersama dengan Gina Swainson, yang memenangi gelaran Miss World sebagai Miss Bermuda pada tahun 1979, Frankland menjadi salah seorang dari dua wanita yang hampir menjadi juara di kedua-dua pertandingan Miss Universe dan Miss World.
Kematian
Berdasarkan laporan, Frankland meninggal akibat dos dadah berlebihan pada Disember 2000 di Marina del Rey, California, setelah mengalami kemurungan. Abunya dibawa kembali ke Wales dan disemadikan di Rhosllannerchrugog pada Februari 2001[1][2][3]
Filemografi
- The Beauty Jungle (1964)
- The Edgar Wallace Mystery Theatre (1 episode, 1964)
- A Hard Day's Night (Uncredited, 1964)
- I'll Take Sweden (1965)
Rujukan
- ^ Rosemarie Frankland
- ^ Alleyne, Richard (2001-06-21). "Britain's first Miss World killed by drug overdose". telegraph.co.uk. Dicapai pada 2009-02-06.
- ^ Matthew, Moore (2009-01-29). "Eight beauty queens who met with controversy". telegraph.co.uk. Dicapai pada 2009-02-06.
Pautan luar
Anugerah dan pencapaian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Joan Boardman |
Miss United Kingdom 1961 |
Diikuti oleh: Jackie White |
Didahului oleh Norma Cappagli |
Miss World 1961 |
Diikuti oleh: Catharina Lodders |