MT30 | |
---|---|
Jenis | Turbin gas |
Negara pengeluar | United Kingdom |
Pengeluar | Rolls-Royce plc |
Pertama kali diguna | 2000s |
Dibangunkan dari | Rolls-Royce Trent 800 |
Rolls-Royce MT30 (Marine Turbine) adalah sebuah enjin turbin gas marin yang dibangunkan berdasarkan pada enjin aero Rolls-Royce Trent 800. MT30 masih mengekalkan 80% persamaan dengan Trent 800, enjin yang digunakan pada pesawat Boeing 777. Kuasa maksimum adalah 40 MW dan kuasa efektif minimum adalah 25 MW.[1]
Rolls-Royce telah mengumumkan bahawa program MT30 pada 11 September 2001. Enjin ini buat pertama kali telah diuji pada 6 September 2002. Pada awal tahun 2003, MT30 telah dipilih untuk menjana kuasa kapal pengangkut pesawat masa depan (CVF) untuk Tentera Laut Diraja dan juga dipasang pada kapal pembinasa multi-misi DD(X) Tentera Laut A.S. Pada bulan Jun 2004, Lockheed Martin telah menganugerahkan kontrak enjin untuk rekabentuk kapal tempur pesisir kepada MT30.
Pada tahun 2012, pihak syarikat telah mempakej semula MT30 untuk membolehkan ia dipasang pada kapal yang lebih kecil,[2] dan pesanan pertama diterima dari Korea Selatan untuk kapal-kapal frigat kelas-Daegunya.
Kegunaan
- Kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth (UK)
- Frigat Type 26 (UK)
- Frigat kelas-Hunter (Australia)
- Canadian Surface Combatant (Kanada)
- Pembinasa kelas-Zumwalt (AS)
- Kapal tempur pesisir kelas-Freedom (US)
- Frigat kelas-Daegu - FFG-II (Korea Selatan)
- Dok pendaratan helikopter Itali Trieste akan memasuki perkhidmatan pada tahun 2022 (Itali)
- Frigat kelas-Mogami (Jepun)
Lihat juga
Pembangunan berkaitan
Rujukan
- ^ Royce, Rolls. "MT30 Marine Gas Turbine webpage". Rolls-Royce plc. Dicapai pada 24 July 2020.
- ^ Chuter, Andrew (23 August 2012). "Process Begins to Equip Royal Navy's Type 26 Frigate". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2013.
- Rolls-Royce plc (6 September 2002) Successful first run for new Rolls-Royce engine Press release.