𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝 Ruáingga | |
---|---|
Jumlah penduduk | |
1,547,778[1]–2,000,000+[2] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Bangladesh | 1,300,000+ (Mac 2018)[3] |
Myanmar (Negeri Rakhine) | 600,000 (November 2019)[4] |
Pakistan | 500,000 (September 2017)[5] |
Arab Saudi | 500,000 (Oktober 2017)[6] |
Malaysia | 150,000 (Oktober 2017)[6] |
Emiriah Arab Bersatu | 50,000 (Oktober 2017)[6] |
India | 40,000 (September 2017)[7][8] |
Amerika Syarikat | 12,000+ (September 2017)[9] |
Thailand | 5,000 (Oktober 2017)[6] |
Bahasa | |
Bahasa Rohingya Minoriti: Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu[10] | |
Agama | |
Kebanyakan: Islam Sunni dan Kesufian[11] Minoriti: Hinduisme[12][13] |
Orang Rohingya (/roʊˈhɪndʒə, -ɪŋjə/; Bahasa Rohingya: 𐴌𐴗𐴥𐴝𐴙𐴚𐴒𐴙𐴝, IPA: [rʊˈɜi̯ɲ.ɟə]) merupakan satu kelompok etnik Indo-Arya tanpa negara yang majoritinya beragama Islam Sunni dari Negeri Rakhine, Myanmar.[11] Sebelum genosid Rohingya pada tahun 2017, di mana lebih 740,000 Rohingya melarikan diri ke Bangladesh,[14][15][16] terdapat 1.4 juta orang Rohingya yang tinggal di Myanmar. Dikenali oleh wartawan dan media sebagai salah satu minoriti paling tertindas di dunia, orang Rohingya dinafikan kewarganegaraan di bawah undang-undang kewarganegaraan Myanmar 1982. Mereka juga menghadapi sekatan kebebasan pergerakan, sekatan mengakses pendidikan, dan pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Keadaan undang-undang yang dihadapi oleh Rohingya di Myanmar telah dibandingkan dengan apartheid oleh beberapa ahli akademik, penganalisis, dan tokoh politik, termasuk pemenang Nobel Uskup Desmond Tutu, seorang aktivis anti-apartheid dari Afrika Selatan. Pemindahan besar-besaran Rohingya pada tahun 2017 menyebabkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa menyiasat jenayah terhadap kemanusiaan, dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa menyiasat genosid.
Sejarah
Sejarah orang Rohingya dikatakan bertarikh dari awal kurun ke-7 di Negeri Arakan yang menjadi penempatan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam, namun bukti sejarah tersebut adalah sedikit.[17]
Orang Rohingya memiliki persamaan fizikal, bahasa dan budaya dengan orang Asia Selatan, terutamanya orang Benggali. Malahan, sesetengah orang Rohingya yang menetap di Arakan adalah keturunan orang Arab, orang Parsi dan orang Pashtun yang berhijrah ke Arakan semasa era pemerintahan Empayar Mughal.
Sultan Mahmood, seorang Rohingya yang kaya dan berpengaruh, merupakan setiausaha politik dalam kerajaan U Nu dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Kesihatan. Orang Bahai Rohingya lain dalam kerajaan U Nu yang menjadi setiausaha parlimen antaranya ialah Sultan Ahmed dan Abdul Gaffar. Abdul Bashar, Zohora Begum, Abul Khair, Abdus Sobhan, Rashid Ahmed dan Nasiruddin (U Pho Khine) ialah juga ahli-ahli parlimen dalam kabinet U Nu.[perlu rujukan]
Pencabulan Hak-hak Asasi Kemanusiaan
Amnesty International menyatakan bahawa orang Rohingya terus menerus menderita akibat pencabulan hak asasi manusia oleh junta tentera Burma sejak tahun 1978, dan akibatnya ramai yang telah melarikan diri ke negara jiran seperti Bangladesh.[18]
"Gerakan pembebasan orang Rohingya disekat dengan keras dan pada hakikatnya sebahagian besar mereka telah dinafikan kewarganegaraan Burma mereka. Mereka juga tertakluk pada pelbagai bentuk pemerasan dan pencukaian sembarangan; penyitaan tanah; pengusiran paksa dan pemusnahan rumah; dan sekatan kewangan ke atas perkahwinan. Orang Rohingya terus menerus dipaksa menjadi buruh dalam pembinaan jalan raya dan di kem-kem tentera walaupun jumlah buruh paksa di utara Negeri Rakhine telah menurun sejak sedekad yang lalu."
"Pada tahun 1978, dianggarkan seramai 200,000 orang Rohingya telah melarikan ke Bangladesh berikutan operasi Nagamin’ (‘Raja Naga’) tentera Burma. Secara rasmi kempen ini mensasarkan "pemeriksaan setiap individu yang tinggal dalam negeri tersebut, menandai warganegara dan orang asing bertepatan dengan undang-undang dan mengambil tindakan terhadap orang asing yang menyusup masuk ke dalam negara secara haram". Kempen ketenteraan ini disasarkan secara terus kepada orang awam, dan mengakibatkan pembunuhan, rogol dan pemusnahan masjid serta penindasan agama secara besar-besaran."
"Semasa 1991-92, satu gelombang baru orang Rohingya yang dianggarkan berjumlah suku juta orang telah melarikan diri ke Bangladesh. Mereka melaporkan tentang buruh paksa di samping hukuman mati terus, penyeksaan dan rogol. Orang Rohingya dipaksa bekerja tanpa bayaran oleh tentera Burma di projek-projek infrastruktur dan ekonomi, lazimnya dalam keadaan yang teruk. Banyak pencabulan hak-hak kemanusiaan lain berleluasa dalam konteks buruh paksaan orang awam Rohingya oleh pasukan keselamatan."
Pada 6 Februari 2009, Menteri Luar Indonesia, Hassan Wirajuda telah mengkritik Burma kerana menzalimi pelarian Rohingya, selepas hampir 400 orang pelarian Rohingya diselamatkan di pantai Sumatra pada Januari 2009.[19]
Pelarian
Gelombang berikutnya yang mengandungi ratusan ribu orang Rohingya yang melarikan diri daripada Burma dan ramai pelarian itu membanjiri negara jiran iaitu Bangladesh seramai 250,000 orang pada tahun 1978 kesan daripada Operasi King Dragon di Arakan. Pada tahun 1991, berikutan tindakan keras terhadap orang Rohingya, seramai 250,000 orang pelarian mencari perlindungan di daerah Cox's Bazar di Bangladesh. Sesetengah mereka kemudiannya dihantar pulang ke negara tersebut yang menafikan kewarganegaraan mereka. Sesetengahnya masil berada dalam buangan dan tinggal di Bangladesh,Pakistan, Arab Saudi, Malaysia, UAE, Thailand, dan Indonesia. Bermula pada tahun 2005, UNHCR telah membantu penghantaran pulang orang Rohingya dari Bangladesh, tetapi tuduhan mengenai pencabulan hak asasi manusia di kem-kem pelarian tersebut telah mengancam usaha ini.[20]
Di sebalik usaha-usaha terdahulu oleh PBB, majoriti besar pelarian Rohingya masih kekal di Bangladesh yang tidak dapat pulang kerana tidak diterima oleh rejim di Burma. Kini mereka menghadapi masalah-masalah di Bangladesh yang di sana mereka tidak mendapat sokongan daripada kerajaaan.[21] Pada Februari 2009, ramai pelarian Rohingya telah ditolong oleh pelaut-pelaut Aceh di Selat Melaka selepas berada selama 21 hari.[22]
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjangka kira-kira terdapat seramai 800,000 orang Rohingya berada di Burma. Kofi Annan telah menubuhkan suruhanjaya penasihat. Cadangan akhir diumumkan pada bulan Ogos 2017.[23]
Bahasa
Bahasa Rohingya merupakan sebagian dari keluarga bahasa Indo-Arya yang merupakan sebagian dari keluarga bahasa Indo-Eropah. Bahasa Rohingya tidak mempunyai kefahaman menyaling dengan bahasa Benggali, dan orang Rohingya biasanya tidak boleh bercakap dalam bahasa Burma.[perlu rujukan]
Cendekiawan Rohingya pernah menulis bahasa Rohingya dalam berbagai aksara, di antaranya adalah abjad Arab, aksara Hanifi, alfabet Urdu, alfabet Rumi dan tulisan Burma. Aksara Hanifi merupakan suatu sistem tulisan yang baru dicipta dan berdasarkan abjad Arab dengan memiliki huruf tambahan dari alfabet Rumi dan Burma.
Berikut adalah beberapa contoh ayat dalam bahasa Rohingya:[24]
Bahasa Rohingya | Bahasa Melayu | Penjelasan |
---|---|---|
Salaam alaikum! | Assalamualaikum! | |
Uwalaikum salaam! | Waalaikumsalam! | |
Bat | Nasi | |
Tũi bat haiyo ne? | Kamu sudah makan nasi? | Bermaksud: "Apa khabar?" |
Haiyi, haiyi. | (Saya) sudah makan, (saya) sudah makan. | Bermaksud: "Saya baik saja." |
Ãi bat haiyi. | Saya sudah makan nasi. | |
Tũwar nam ki? | Siapa namamu? | |
Ãr nam Noorullah. | Nama saya Noorullah. | |
Tũwattu kuši lager ne? | Adakah kamu gembira? | |
Ãttu kuši lager. | Saya rasa gembira. |
Agama
Oleh sebab umat Islam Rohingya yang berada di Negeri Rakhine tidak dianggap sebagai warganegara Burma, mereka tidak dilindungi daripada penindasan agama oleh kerajaan Burma. Maka, ada kekhuatiran tentang kebebasan beragama komuniti Rohingya di Burma, terutamanya dalam bidang undang-undang dan politik.[25]
Catatan
- ^ Mahmood; Wroe; Fuller; Leaning (2016). "The Rohingya people of Myanmar: health, human rights, and identity". Lancet (dalam bahasa Inggeris). 389 (10081): 1–10. doi:10.1016/S0140-6736(16)00646-2. PMID 27916235. S2CID 205981024.
- ^ Mathieson, David (2009). Perilous Plight: Burma's Rohingya take to the seas (dalam bahasa Inggeris). Human Rights Watch. m/s. 3. ISBN 978-1-56432-485-6.
- ^ "WHO appeals for international community support; warns of grave health risks to Rohingya refugees in rainy season". ReliefWeb (dalam bahasa Inggeris). 29 Mac 2018.
- ^ "600,000 Rohingya still in Myanmar". The Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 16 September 2019. Dicapai pada 16 September 2019.
- ^ "Far From Myanmar Violence, Rohingya in Pakistan Are Seething". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2017.
- ^ a b c d "Myanmar Rohingya: What you need to know about the crisis". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 19 October 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 October 2017. Invalid
|url-status=deviated
(bantuan) - ^ "India in talks with Myanmar, Bangladesh to deport 40,000 Rohingya". Reuters. 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2017.
- ^ "India plans to deport thousands of Rohingya refugees" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 14 Ogos 2017. Dicapai pada 17 Ogos 2017.
- ^ Mclaughlin, Timothy (20 September 2016). "Myanmar refugees, including Muslim Rohingya, outpace Syrian arrivals in U.S." Reuters. Dicapai pada 3 September 2017.
- ^ "Wanita Rohingya belajar bahasa Melayu". 20 Oktober 2016.
- ^ a b "The Rohingya Crisis". Council on Foreign Relations (dalam bahasa Inggeris). 23 Januari 2020.
- ^ "Rohingya Hindu women share horror tales". Dhaka Tribune. 19 September 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
- ^ "Rohingya Hindus now face uncertainty in Myanmar" (dalam bahasa Inggeris). Al Jazeera. 21 September 2017. Dicapai pada 16 Januari 2018.
- ^ Irianto (2017-09-08). "Pembantaian Muslim Rohingya, dipicu konflik agama atau skandal minyak dan gas bumi?". lensaindonesia.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-14. Dicapai pada 2022-04-20.
- ^ "Former UN chief says Bangladesh cannot continue hosting Rohingya". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Julai 2019. Dicapai pada 26 Julai 2019.
- ^ "UNHCR calls for solidarity, support and solutions for Rohingya refugees ahead of an urgent donor conference". UNHCR (dalam bahasa Inggeris). 20 Oktober 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-04-11. Dicapai pada 2022-04-20.
- ^ "Assessment for Rohingya (Arakanese) in Burma". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2009-02-05.
- ^ Myanmar - The Rohingya Minority: Fundamental Rights Denied, Amnesty International, 2004.
- ^ "Indonesia criticises Burma over Rohingya". 9 Februari 2009. Dicapai pada 2009-02-09.
- ^ "UNHCR threatens to wind up Bangladesh operations". New Age BDNEWS, Dhaka. 2005-05-21. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-25. Dicapai pada 2007-04-25. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Burmese exiles in desperate conditions
- ^ [1]
- ^ "Towards a Peaceful, Fair and Prosperous Future for the People of Rakhine". Kofi Annan Foundation. 2017-08-23. Dicapai pada 2017-09-07.
- ^ "The easy eay to learn Rohingya". Learnrohingya.com.
- ^ Abdelkader, Engy (1 July 2014). "The Rohingya Muslims in Myanmar: Past, Present, and Future". Oregon Review of International Law (2014 Forthcoming) (dalam bahasa Inggeris). SSRN 2277949.
Rujukan
- "Rohingya". Banglapedia, Asiatic Society of Bangladesh. Dicapai pada Jun 2005. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - "A Short History of Arakan". Mohammed Ashraful Alam. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada Jun 2005. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - "Myanmar, The Rohingya Minority: Fundamental Rights Denied". Amnesty International. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-06-26. Dicapai pada Ogos 2005. Check date values in:
|accessdate=
(bantuan) - Amnesty International (English)
Pautan luar
- Arakan Rohingya Co-operation Council Europe
- Free Rohingya Campaign Diarkibkan 2009-03-03 di Wayback Machine
- Rohingya Times
- Penagun
- Rohingya Sprache Diarkibkan 2016-11-05 di Wayback Machine
- Rohingya News Diarkibkan 2008-03-12 di Wayback Machine (Burmese)
- Golden Arakan
- Arakan Rohingya National Organization
- Kaladanpress Network
- UNHCR Homepage
- Rohingya League for Democracy
- Rohingya Students Development Movement Diarkibkan 2017-03-05 di Wayback Machine
- Arakan Today News in (Arabic)
- Arakan Today News in (Urdu) Diarkibkan 2012-03-14 di Wayback Machine
- CS1 errors: invalid parameter value
- Semua rencana dengan kenyataan tidak bersumber dari April 2022
- Orang Rohingya
- Kelompok etnik di Bangladesh
- Kelompok etnik di Myanmar
- Kelompok etnik di Pakistan
- Orang Indo-Arya
- Islam di Myanmar
- Kelompok etnoagama Muslim
- Pelarian di Indonesia
- Pelarian di Malaysia
- Orang tanpa kerakyatan