Robert Lau Hoi Chew | |
---|---|
Timbalan Menteri Kementerian Pengangkutan | |
Dalam jawatan 11 April 2009 – 9 April 2010 | |
Didahului oleh | Lajim Ukin |
Ahli Parlimen Malaysia bagi P212 Sibu | |
Dalam jawatan 1990–2010 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 15 September 1942 Sibu, Pendudukan Jepun di Sarawak |
Mati | 9 April 2010 (umur 67) Kuala Lumpur |
Parti politik | Barisan Nasional |
Pasangan | Janet Lau Ung Hie |
Anak | 3 |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Datuk Robert Lau Hoi Chew (Cina ringkas: 刘会洲 ; Cina tradisional: 劉會洲 ; pinyin: Liú Huìzhōu; 15 September 1942 – 9 April 2010) adalah seorang ahli politik dan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.[1][2]
Kerjaya politik
Robert Lau dipilih sebagai ahli Parlimen Sibu selama 5 penggal (1990, 1995,1999, 2004 dan 2008). Beliau bertanding di kerusi Sibu yang diperuntukkan untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Beliau dipilih menjadi Naib Presiden SUPP. Kemudian dilantik Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Mac 2004-2008. Pada April 2009, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik beliau sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dalam rombakan kecil Kabinet.
Lau terkenal sebagai "raja tandas" kerana usahanya memastikan kebersihan di tandas awam di seluruh negara semasa berkhidmat di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008, Robert Lau Hoi Chew bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Sibu, negeri Sarawak. Robert Lau Hoi Chew telah menang dengan mendapat undi sebanyak 19138 dan majoriti undi 3235.
Calon lawan ialah Wong Ho Leng - DAP mendapat 15,903 undi. Antara calon lain ialah Lim Chin Chuang dari PKR dan mendapat 812. Peratus pengundi yang keluar ialah 67.7%. Undi rosak sebanyak 334.
Keluarga
Isterinya Datin Janet Lau Ung Hie dan mempunyai tiga anak, Alvin Lau Lee Jen, 39, Tammy Lau Lee Teng, 36, dan Pierre Lau Lee Wui, 34.[3]
Beliau berasal dari keluarga perniagaan terkemuka di Sibu. Abangnya, Datuk Lau Hui Siong, ahli perniagaan terkemuka dan pengasas syarikat konglomerat KTS Group, yang terbabit dalam industri kayu dan media termasuk Borneo Post, Utusan Borneo dan Oriental Daily, meninggal dunia pada Oktober 2004, akibat barah.
Meninggal dunia
Pada 9 April 2010, jam 11.10 pagi Robert Lau meninggal di rumahnya di Mont Kiara, Kuala Lumpur kerana barah hati sejak 2008. Beliau berulang-alik ke Hospital Selayang untuk dapatkan rawatan susulan. Mendiang diterbangkan dengan penerbangan ihsan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk disemadikan di Taman Memorial Nirwana, Sibu, Sarawak.
Pilihan raya kecil Sibu 2010 akan diadakan selepas pengumuman oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. [4]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Barisan Nasional | Undi | Prts | Pembangkang | Undi | Prts | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1990 | Robert Lau (SUPP) | 11,914 | 54% | Ling Sie Ming (DAP) | 9,906 | 45% | ||
1995 | Robert Lau (SUPP) | 15,317 | 56% | Wong Ho Leng (DAP) | 10,472 | 38% | ||
1999 | Robert Lau (SUPP) | 23,227 | 60% | Wong Sing Nang (DAP) | 14,085 | 37% | ||
2004 | Robert Lau (SUPP) | 20,501 | 54% | Wong Ho Leng (DAP) | 17,161 | 45% | ||
2008 | Robert Lau (SUPP) | 19,138 | 53% | Wong Ho Leng (DAP) | 15,903 | 44% |
Lihat juga
Rujukan
- ^ "Sibu MP dies". The Malaysian Insider. 9 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2010. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ "Sibu MP and Dep Transport Minister Robert Lau dies (Updated)". The Star. Star Publications. 9 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2010. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Robert Lau hidap barah hati sejak dua tahun
- ^ Timbalan Menteri Pengangkutan Robert Lau Meninggal Dunia Bernama
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 9 April 2010. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) Percentage figures based on total turnout (including votes for other candidates not listed).