Riyu Kosaka (小坂 りゆ , Kosaka Riyu) ialah seorang penyanyi J-pop dan juga ahli kepada kumpulan J-pop ciptaan Konami iaitu BeForU. Kosaka dilahirkan di Kanagawa, Jepun pada 17 Januari, 1985. [1]
Biografi
Pada 20 November, 2000, kakitangan Konami dan Toshiba-EMI telah mengadakan uji bakat untuk membentuk sebuah kumpulan J-pop, yang akhirnya dikenali sebagai BeForU. Ramai orang yang telah menyertainya, dan Kosaka, yang berumur lima belas tahun pada waktu itu, merupakan salah seorang daripada empat yang dipilih untuk menyertai kumpulan tersebut. [2][3] Kumpulan itu, ciptaan Naoki Maeda, pada asalnya telah mencipta beberapa lagu khas buat permainan video Bemani -- single pertama, DIVE, dipromosikan secara besar-besaran pada waktu itu, diikuti oleh keluaran Dance Dance Revolution 5thMIX.[4]
Diskografi
Ini merupakan diskografi karya solo Kosaka diluar Bemani. Untuk diskografinya yang lengkap sila lihat Be For U diskografi.
Singles
- true... (2001)
- 大和撫子魂 (2006) (Yamato Nadeshiko atau Semangat Wanita Jepun yang Terbaik) [5]
- 断罪の花 ~Guilty Sky~ (2007) (Danzai no Hana atau Bunga Tertuduh, untuk siri anime Claymore) [6]
- Dober Man (2007) [7]
- Platinum Smile (2007) [8] Diarkibkan 2007-08-24 di Wayback Machine
- ココロの跡 (2007) (Kokoro no Ato atau Bekas hati, untuk anime Mokke)
CDs
- begin (2004) [9]
- Baby's Tears (2006) (sebahagian daripada Soundtrack Asli Sky Girls) [10]
- i-revoミュージックICE限定配信曲 (2006) (untuk dimuat turun daripada laman utama i-revo BeForU, album digital ini rijuk oleh para peminat sebagai Sayap-sayap Kecil ataupun Permulaan.) [11]
DVDs
- Riyu Kosaka First Secara Langsung di O-EAST 2005 (2005) [12]
Rujukan
- "BEAT REVOLUTION ARTIST 小坂りゆ". Internet Revolution/Konami Digital Entertainment. Dicapai pada 2007-01-06.
- "DANCE DANCE REVOLUTION--アーティストオーディション 2001 - page 4". Konami. Dicapai pada 2007-01-06.
- "BeForU ☆ Site for BeForU fans". Hidoki/NeoIvAn. Dicapai pada 2007-01-06.
- "DANCE DANCE REVOLUTION--アーティストオーディション 2001 - page 5". Konami. Dicapai pada 2007-01-06.
- "BeForU OFFICIAL WEBSITE - Discography". Konami. Dicapai pada 2007-01-06.
- "小坂りゆ「true...」(CD)". Konami Digital Entertainment Co., Ltd. Dicapai pada 2007-01-06.
- "小坂りゆSPECIAL LIVE". Konami. Dicapai pada 2007-01-06.
- "Pakedio". WMS. 2005-10-23. Dicapai pada 2007-01-06.
- "Pakedio Channel Vol.1-Various Artist". Usen Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-01. Dicapai pada 2007-01-06.
- "BeForU -OFFICIAL WEBSITE- Discography - Single". Internet Revolution/Konami Digital Entertainment. Dicapai pada 2007-03-21.
- "BeForU -OFFICIAL WEBSITE- Discography - Album". Internet Revolution/Konami Digital Entertainment. Dicapai pada 2007-03-21.
- "BeForU -OFFICIAL WEBSITE- Discography - Download". Internet Revolution/Konami Digital Entertainment. Dicapai pada 2007-03-21.
- "BeForU -OFFICIAL WEBSITE- Discography - DVD". Internet Revolution/Konami Digital Entertainment. Dicapai pada 2007-03-21.
Pautan luar
- (Jepun) Laman rasmi Riyu Kosaka Diarkibkan 2007-07-07 di Wayback Machine
- (Jepun) Laman web Riyu Kosaka di Laman rasmi BeForU
- (Jepun) Riyu Kosaka di Avex Diarkibkan 2008-04-09 di Wayback Machine
- (Jepun) Blog peribadi Riyu Kosaka
- (Inggeris) Lirik-lirik