Riot!: Rebel With a Cause | |
---|---|
Genre | Remaja Misteri |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Shamyl Othman |
Dibintangi oleh |
|
Penggubah | LoQue |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 10 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit |
|
Penyunting | John Hafiz |
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Zulkefli Zain |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Premier Astro Ria (Episod 1 sahaja) |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 22 September 2023 – 24 November 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Jack Yusof |
Diikuti oleh | Gamers Mangkuk |
Riot!: Rebel With a Cause ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Shamyl Othman dengan skrip oleh Rafidah Abdullah, Suzanne Ong, Khairi Anwar dan Anwar Hadi.[1] Dibintangi oleh Mia Sara Shauki, Nelissa Nizam, Tami Anadan dan Aniq Durar, bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel, siri ini memulakan tayangan perdana di Astro GO dan Astro Premier dari 22 September 2023 sehingga 24 November 2023, menggantikan Jack Yusof.[2][3][4]
Sinopsis
Langkah Mayat, sebuah kumpulan muzik yang memainkan muzik protes untuk menyuarakan keadilan untuk mangsa-mangsa ketidakadilan di kampus universiti mereka. Penyanyi utama mereka, Sal yang merupakan mangsa gangguan seksual oleh pensyarahnya bersama-sama rakan seperjuangannya Feeqi, Kristy dan Wid berhasrat untuk memainkan lagu-lagu mereka untuk membawa kesedaran mengenai isu gangguan seksual. Namun, setiap ahlinya mempunyai kisah tersendiri serta masa lampau yang gelap. Dalam perjuangan mencari keadilan, mereka berhadapan dengan pelbagai kejutan dan rahsia gelap yang menguji bukan hanya persahabatan mereka, tetapi juga diri mereka yang sebenar.[5]
Pelakon
- Nelissa Nizam sebagai Saleha (Sal)[2][6]
- Mia Sara Shauki sebagai Feeqi[2][7]
- Tami Anadan sebagai Kristy[2]
- Aniq Durar sebagai Wid[2][8]
- Nia Atasha sebagai Tita[2]
- Rashidi Ishak sebagai Profesor Hamzah[2]
- Iedil Dzuhrie Alaudin sebagai JL[2]
- Amanda Ang sebagai Suzy[2]
- Sue Tan sebagai Puan Anne[2]
- Nasir Alaydrus sebagai Dion[2]
- Megat Adli sebagai Azhar[2]
- Sarimah Ibrahim sebagai Lydia[2]
- Uyaina Arshad sebagai Sarah[2]
- Rahhim Omar sebagai Saiful Amri[2]
- Dee Dee A’iene sebagai Bulan[2]
- Penampilan khas
- Couple sebagai diri mereka sendiri
- Long Gun Jenny sebagai diri mereka sendiri
- Altimet sebagai Juri 1
- Suki Low sebagai Juri 2
- Awal Ashaari sebagai pengacara Next Up
- Marissa Yasmin sebagai Mastura
- Chew Kin Wah sebagai Richard
- Satis Varan sebagai Victor
- Rafidah Abdullah sebagai penyampai berita
- LoQue sebagai juri khas Next Up
Penerbitan
Menurut penulis skrip drama ini, Rafidah Abdullah, semua gangguan seksual yang ditampilkan dalam Riot! diinspirasikan daripada kisah benar. Katanya, skrip drama ini digarap menerusi hasil kajian beberapa tinjauan, temu ramah bersama mangsa di beberapa universiti serta bacaan daripada fakta kes yang pernah dilaporkan di akhbar.[4]
Pengarah, Shamyl Othman berkata, beliau amat faham beberapa adegam dalam drama ini berkemungkinan akan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap mangsa gangguan seksual. Beliau berkata: "Kami memastikan drama ini bersifat memperkasa mangsa dan memberi impak pada masa yang sama,".[4] Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Mia Sara Shauki selepas Histeria The Series (2022).
Muzik
Runut bunyi Riot! dihasilkan oleh Khairil Ridzwan Anuar atau LoQue, yang turut berkhidmat sebagai pengarah skor muzik.[3]
- Runut bunyi
- "Kurang Ajar" - Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki
- "Kita Semua" - Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki
- "Langkah Mayatku Dulu" - Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki
- "Hidup Hidup" - Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki
- "Ini Masa Kita" - Nelissa Nizam, Mia Sara Shauki
- "Sandiwara" - Iedil Dzuhrie Alaudin
- "Tentang Kita" - Couple
- "Malam Minggu" - Couple
- "Turning Melancholy to Magic" - Couple
Siaran
Riot!: Rebel With a Cause memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO, Astro Ria dan Astro Premier bermula 22 September 2023 setiap Jumaat.[2][9]
Rujukan
- ^ Budiey (20 September 2023). "Riot! Papar Isu Gangguan Seksual, Buli Siber Dalam Kalangan Anak Muda". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 14 Oktober 2023.
- ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q "Drama Riot! Rebel With A Cause (Astro Originals)". My Infotaip. 20 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ a b "Drama Baharu Di Astro, Riot! Papar Isu Gangguan Seksual, Buli Siber Kalangan Remaja". SYOK. 20 September 2023. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ a b c Wafa Awla (22 September 2023). "Kumpul data, cerita sebenar demi drama provokatif gangguan seksual". Utusan Malaysia. Dicapai pada 23 September 2023.
- ^ "Drama Riot! Rebel With A Cause". mcentralmy. Dicapai pada 13 November 2023.
- ^ Zaara Talita (25 September 2023). "Trauma detik hitam". Harian Metro. Dicapai pada 14 Oktober 2023.
- ^ Zaara Talita (21 September 2023). "'Ini Sufiyan, bukan Sofyank' - Mia Sara". Harian Metro. Dicapai pada 27 November 2023.
- ^ Ridzuan Abdul Rahman (24 November 2023). "Aniq panjat rasa syukur". Harian Metro. Dicapai pada 25 November 2023.
- ^ Mya Amri (22 September 2023). "Riot! Pembuka Tirai Saluran Baharu, Astro Premier! Papar Isu Gangguan Seksual & Buli Siber". Astro Gempak. Dicapai pada 24 September 2023.