Riodinidae | |
---|---|
Hamearis lucina | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
Filum: | |
Kelas: | |
Order: | |
Suborder: | |
Infraorder: | |
Superkeluarga: | |
Keluarga: | Riodinidae Grote, 1895
|
Subfamili | |
Euselasiinae |
Riodinidae ialah sebuah famili kupu-kupu. Ia dikenali dengan jolokan "metalmark" kerana tompok berkilau kecil yang lazim terdapat pada kepaknya. Terdapat kira-kira 1,000 spesies kupu-kupu Riodinidae di dunia. Biarpun kebanyakannya bertaburan neotropika, namun famili ini juga ada ahlinya dalam ekokawasan Neartik dan Dunia Lama.
Ciri-ciri pembezaan
Seperti Lycaenidae, kupu-kupu jantan dalam famili ini agak pendek tungkai depannya sementara yang betina pula tungkai depannya cukup panjang dan berfungsi penuh. Tungkai depan jantan yang tunggul itu mempunyai segmen pertama yang agak unik bentuknya (iaitu koksa) yang menganjur melewati sendinya dengan segmen kedua. Riodinidae memiliki venasi yang unik pada kepak belakang: rusuk kepak belakang menebal hingga kepada sudut humerus dan urat humerusnya pendek.[1]
Kebanyakan spesies bertenggek pada bahagian bawah daun sambil membuka kepak rata-rata.
Taksonomi dan sistematik
Riodinidae kini dilayan sebagai famili yang berbeza dalam superfamili Papilionoidea, tetapi dahulunya, ia digolongkan sebagai subfamili Riodininae di bawah Lycaenidae. Sebelum itu, mereka dianggap sebagai sebahagian famili Erycinidae yang tidak lagi diterima, yang spesies-spesiesnya terbahagi kepada famili ini dan subfamili Libytheinae.
Subfamili
Famili Riodinidae terdiri daripada tiga subfamili, iaitu:
- Euselasiinae – beberapa genus
- Nemeobiinae[2] – Adakalanya dianggap sebagai puak, Nemeobiini, tetapi belum ditentukan yang mana tergolongnya antara dua subfamili dalam hal ini.
- Riodininae – puluhan genus
Genus-genus yang tidak tentu kedudukannya
Sesetengah genus, khususnya dari Dunia Lama, masih tidak tentu golongannya; sesetengahnya adalah monotip. Antara spesies Riodinidae incertae sedis termasuk:[3]
- Hamearis (Zemerini atau subfamili Hamearinae yang berbeza?)
- Dicallaneura
- Praetaxila
- Taxila
- Puak Nemeobiini
- Puak Abisarini
- Puak Zemerini
Galeri
-
Zemeros flegyas
-
Abisara neophron
-
Apodemia mormo langei
Rujukan
Pautan luar
- Kategori berkenaan Riodinidae di Wikimedia Commons