Richard Barre | |
---|---|
Kelahiran | c. 1130 |
Meninggal dunia | c. 1202 England |
Warganegara | England |
Pekerjaan | Hakim, paderi, sarjana |
Richard Barre (lebih kurang 1130 – 1202) adalah seorang hakim, paderi dan sarjana dari zaman pertengahan Inggeris. Beliau mendapat pendidikannya di sekolah undang-undang Bologna. Beliau menyertai perkhidmatan diraja dibawah Raja Henry II dari England dan kemudiannya bekerja untuk pewaris dan anakanda kepada Henry, Richard I. Selepas kemangkatan Raja Henry, Barre menjadi hakim diraja ketika zaman pemerintahan Richard dan merupakan salah satu daripada hakim utama pada tahun 1194 sehingga 1199. Barre juga adalah wakil biskop Gereja Anglikan di Ely dan penulis bagi karya catatan Bible yang didedikasikan kepada salah satu daripada penaung (patron) beliau, William Longchamp, biskop Ely dan Canselor England.
Bacaan lanjut
- Smith, R. J. (2001). "Henry II's Heir: The Acta and Seal of Henry the Young King, 1170–83". The English Historical Review (cxvi).