Reykholt | |
|---|---|
kampung | |
Lokasi Majlis Perbandaran Borgarbyggð | |
| Koordinat: 64°40′N 21°18′W / 64.667°N 21.300°W | |
| Negara | |
| Kawasan Pilihan Raya | Kawasan Pilihan Raya Barat Laut |
| Wilayah | Wilayah Barat |
| Perbandaran | Borgarbyggð |
| Zon waktu | UTC+0 (GMT) |

Reykholt (disebut [ˈreikˌhɔl̥t] ⓘ) ialah sebuah perkampungan di Iceland. Ia terletak di lembah sungai Reykjadalsá, yang dipanggil Reykholtsdalur, dan merupakan sebahagian daripada Borgarfjörður, Wilayah Barat.
Reykholt dahulu salah satu pusat intelektual di Iceland dan selama bertahun-tahun merupakan salah satu sekolah terpenting di negara ini. Penyair dan ahli politik Snorri Sturluson tinggal di Reykholt semasa Zaman Pertengahan. Catatan-catatan Sturluson tentang bahasa Nor Kuno dan mitologi Iceland zaman pertengahan begitu bernilai kepada sarjana moden. Tinggalan ladang beliau dan bilik mandi dengan periuk panas serta sebatang terowong di antara bilik mandi dan rumah masih boleh dikunjungi. Pusat Kebudayaan/Penyelidikan Snorrastofa telah diasaskan di Reykholt pada 6 September 1988, dengan majlis perasmiannya dihadiri oleh Vigdís Finnbogadóttir, Presiden Iceland dan Raja Olav V dari Norway.[1]

Kini, kampung ini mempunyai 60 orang penduduk, sebuah pusat sekolah dan sebuah perpustakaan yang menumpukan karya-karya oleh Snorri Sturluson. Patung Snorri oleh Gustav Vigeland boleh ditemui di sini. Ahli arkeologi masih bekerja di sini dan menemui tinggalan-tinggalan zaman pertengahan. Di kawasan sekitar, saintis Jepun sedang menjalankan penyelidikan mengenai aurora borealis (cahaya utara).

Kira-kira 20 km dari Reykholt, terdapat air terjun lahar yang bernama Hraunfossar. Dari sana, pengunjung dapat pergi ke gua Surtshellir di padang lahar Hallmundarhraun (kira-kira 35 km). Dalam perjalanan ke Borgarnes, orang ramai melalui mata air panas Deildartunguhver. Pengeluaran mata air panas di sini melebihi semua yang lain di Iceland: 180 liter/saat pada suhu 97 °C.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luaran
Kategori berkaitan Reykholt di Wikimedia Commons
- Laman Web Rasmi Reykholt
- Patung Snorri Sturluson
- Tapak Bersejarah Reykholt
- Pusat Kebudayaan Abad Pertengahan Snorrastofa di Reykholt
- Persatuan Saga dan Warisan Iceland
- Hraunfossar Diarkibkan 2004-04-27 di Wayback Machine
- Surtshellir
- Deildartunguhver Diarkibkan 2006-10-24 di Wayback Machine
- Reykholt - 2001 - Galeri gambar dari islandsmyndir.is








