Revolusi sosial mengubah aturan dan sifat sesebuah masyarakat secara mendadak[1] tidak sahaja dari segi pemerintahan dari segi kedudukan, ekonomi, budaya, falsafah dan kepakaran yang bersampingan.[2]
Ia mula dicetuskan hasil penzahiran suatu doktrin diktator proletariat berasal dari kefahaman dibawa Leon Trotsky[3] dalam Komunis Internasional keempat[4] terhadap struktur kelas serta penciptaan aturan-aturan sosial yang baru.[5] Teori yang dikemukakan Trotsky ini mengusulkan bahawa pergolakan akan membuka suatu zaman baru dalam kehidupan masyarakat kerana terjadinya transformasi yang luas dan fundamental.[5]
Gambaran
Faktor penyebab
Skocpol (1979), Taylor (1984), dan Goldstone (1986) merumuskan alasan-alasan terjadinya sebuah revolusi sosial:[5]
- Adanya kekuatan politik yang sangat terpusat dalam sesebuah negara (misalnya sistem monarki Prancis sebelum tahun 1789, Tsar Rusia sebelum 1917 dan rejim Kuomintang di Cina sebelum 1949[5]) lalu menimbulkan kemarahan dan serangan kolektif[5]
- Krisis politik dalam rejim yang memerintah lalu menjadi tidak berdaya sehingga dapat dijatuhkan[5] - China ditumpaskan Jepun semasa Perang Dunia Kedua kerana aspek ini[5]
- Kelemahan hubungan yang mapan antara tentera dengan rejim sehinggakan tentera tidak lagi dapat menjadi sarana diharapkan untuk menghancurkan kekacauan domestik.[5]
- Pengerahan lapisan penting masyarakat melakukan pemberontakan yang membawa kaum elit baru naik ke atas kursi kekuasaan:[5] Revolusi kaum petani biasanya berasal dari perampasan tanah milik sendiri oleh tuan tanah, peningkatan cukai atau sewa tanah melampau tinggi , mahupun kerana masalah kelaparan,[5] pemberontakan dalam kalangan masyarakat bandar umumnya dicetuskan naiknya harga bahan-bahan keperluan dan tingginya angka pengangguran.[5]
Kehendak terkumpul masyarakat yang mendorong pergolakan adakala dapat dikenalpasti mengurangkan sentimen yang mendesak ke arah perubahan mendadak sekiranya dipenuhi. Contoh terbaik yang dapat diberikan dalam penyelidikan sejarah terhadap pengisian ini adalah penyebaran ajaran Metodisme[6] oleh John Wesley dan para pengikutnya pada abad ke-18. Golongan ini mengunjungi para pesakit, banduan dan fakir miskin serta membina prasarana-prasarana meringankan beban[7] sehingga membawa kepada kemudahgerakan antara tahap kedudukan dalam masyarakat (social mobility) lalu mengurangkan jurang masyarakat;[8] kerana situasi inilah Great Britain tidak sesekali menghampiri revolusi sehebat dialami kerajaan-kerajaan jiran sezaman.[6]
Ciri-ciri
Revolusi sosial berlangsung secara besar-besaran dan tiba-tiba dengan menggunakan kekerasan.[9] Pemberontakan yang ditandai oleh perubahan penguasa tanpa ada perubahan sistem kelas sosial atau pengagihan kuasa dan pendapatan di kalangan kelompok masyarakat tidak termasuk ke dalam revolusi sosial.[9] Para orang revolusioner menentang pengikut gerakan reformasi, karena orang-orang ini berkeyakinan bahawa reformasi yang bererti tidak mungkin tercipta bilamana sistem sosial yang ada tetap berlaku.[9] Mereka berpandangan bahawa perubahan mendasar hanya mungkin terlaksana bila sistem sosial yang berlangsung dapat diganti dan kaum elit disingkirkan.[9] Penyingkiran kaum elit sering kali dilaksanakan dengan cara menghukum atau mengasingkan mereka.[9] Pada kebanyakan revolusi, beberapa kelompok bersatu untuk meruntuhkan rezim penguasa.[9] Setelah itu terjadilah persaingan sengit antar-kelompok untuk memperebutkan kekuasaan.[9]
Salah satu bentuk tindakan revolusi sosial yang dilakukan adalah terorisme[10] yang pada dasarnya melibatkan tingkah laku mengganas secara menonjol baik secara pengeboman. penculikan, perompakan dan pembunuhan.[10]
Rujukan
- ^ "social revolution". oxforddictionaries.com. Oxford University Press. Dicapai pada 24 August 2017.
- ^ Irving E. Fang, A History of Mass Communication: Six Information Revolutions, Focal Press, 1997, ISBN 0-240-80254-3, p. xv
- ^ Trotsky, Leon (1970). My life: an attempt at an autobiography. Pathfinder Press. m/s. 602. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan) - ^ John G. Wright, "Trotsky's Struggle for the Fourth International", Fourth International, August 1946.
- ^ a b c d e f g h i j k Rafael Raga, Maran (2001). Pengantar Sosilogi Politik, Suatu Pemikiran dan Penerapan. PT Rineka Cipta, Jakarta. ISBN 979-518-437-7. Unknown parameter
|month=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|coauthors=
(bantuan) - ^ a b Hobsbawm, Eric (1957). "Methodism and the Threat of Revolution in Britain". History Today (dalam bahasa Inggeris). 7 (5).
Historians have held that religious Revivalism in the late eighteenth century distracted the minds of the English from thoughts of Revolution.
- ^ Maddox, Randy L.; Vickers, Jason E. (2010). The Cambridge Companion to John Wesley (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. m/s. 179. ISBN 9780521886536.
- ^ Swatos, William H. (1998). Encyclopedia of Religion and Society (dalam bahasa Inggeris). Rowman Altamira. m/s. 385. ISBN 9780761989561.
- ^ a b c d e f g Horton, Paul B (1984). Sosiologi, Edisi Keenam. Erlangga. ISBN 65-01-007-6.
- ^ a b Kendall; Linden; Murray (2000). Sociology in our times. Nelson Thomson Learning, Ontario. ISBN 0--17-616679-3. Unknown parameter
|lastauthoramp=
ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter:|chapterurl=
(bantuan)