Republik Rakyat Belarus | |||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1918–1919 Dalam buangan: 1919–kini | |||||||||||||||
| |||||||||||||||
| Lagu kebangsaan: Ваяцкі марш Vajacki marš "Perarakan Pahlawan" | |||||||||||||||
| Cop kerajaan | |||||||||||||||
Wilayah tuntutan yang dipaparkan di atas sempadan moden | |||||||||||||||
| Status | Negara pengiktirafan terhad di bawah pendudukan Jerman (1918) Kerajaan dalam buangan (1919–kini) | ||||||||||||||
| Ibu negara | 1918 Minsk · Vilnius 1918–1919 Hrodna | ||||||||||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Belarus Bahasa minoriti: Rusia Poland Yiddish Lithuania Ukraine | ||||||||||||||
| Demonim | Belarus | ||||||||||||||
| Kerajaan | Republik berparlimen bersatu di bawah kerajaan sementara | ||||||||||||||
| Presiden Rada | |||||||||||||||
• 1918 | Jan Sierada | ||||||||||||||
• 1918–1919 | Jazep Losik (pemangku) | ||||||||||||||
| Presiden dalam buangan | |||||||||||||||
• 1919–1928 | Piotra Krečeŭski | ||||||||||||||
• 1928–1943 | Vasil Zacharka | ||||||||||||||
• 1943–1970 | Mikoła Abramčyk | ||||||||||||||
• 1970–1982 | Vincent Žuk-Hryškievič | ||||||||||||||
• 1982–1997 | Jazep Sažyč | ||||||||||||||
• 1997–present | Ivonka Survilla | ||||||||||||||
| Badan perundangan | Rada | ||||||||||||||
| Era Sejarah | Perang Dunia Pertama | ||||||||||||||
• Ditubuhkan[1] | 6 Mac 1918 | ||||||||||||||
• Kemerdekaan diisytiharkan | 25 Mac 1918 | ||||||||||||||
• Kejatuhan Minsk | 10 Disember 1918 | ||||||||||||||
• Pembubaran | 28 April[2] 1919 | ||||||||||||||
• Dalam buangan | 1919–kini | ||||||||||||||
| Mata wang | Ruble | ||||||||||||||
| |||||||||||||||
Republik Rakyat Belarus[3][4][5] (BNR; Belarus: Беларуская Народная Рэспубліка, rumi: Biełaruskaja Narodnaja Respublika, БНР), juga dikenali sebagai Republik Demokratik Belarus, merupakan percubaan pertama untuk menubuhkan sebuah negara bangsa moden Belarus. Ia diisytiharkan merdeka pada 25 Mac 1918 di Minsk oleh Rada (Majlis) Republik Demokratik Belarus.[6][7]
Berbangkit daripada kekacauan Perang Dunia Pertama dan Rebolusi Rusia, BNR berusaha untuk mengekalkan wilayah Belarus daripada dibahagikan oleh Jerman, Rusia Soviet dan Poland yang baru merdeka. Walaupun ia gagal mengawal sepenuhnya wilayahnya berdepan dengan kemaraan Soviet, BNR memainkan peranan penting dalam menetapkan simbol-simbol kedaulatan Belarus (bendera putih-merah-putih dan lambang Pahonia) serta memaksa Bolshevik menubuhkan Republik Soviet Sosialis Byelorussia sebagai konsesi kepada nasionalisme Belarus.
Kerajaannya iaitu Rada BNR terus wujud sebagai kerajaan buangan yang tertua masih aktif di dunia. Berbeza dengan kerajaan buangan Eropah Timur lain yang dibubarkan selepas 1991, Rada BNR mengekalkan mandatnya, dengan alasan bahawa rejim semasa Alexander Lukashenko melanggar kedaulatan dan prinsip demokrasi negara Belarus.[8]
Kerajaan Republik Demokratik Belarus tidak pernah memerintah keseluruhan wilayah Belarus. Pada 1919, ia wujud bersama dengan Republik Soviet Sosialis Byelorussia, yang dikawal oleh Rusia Soviet (kemudian sebahagian daripada Republik Soviet Sosialis Lithuania–Byelorussia), dan memindahkan pusat pemerintahannya ke Vilnius dan Hrodna.[9] Bagaimanapun, ia dibubarkan berikutan pembahagian keseluruhan wilayah Belarus antara Tentera Merah Bolshevik dan Angkatan Bersenjata Poland hasil Perang Poland–Soviet 1919–1921.[10]
Idea untuk menubuhkan sebuah negara Belarus baru dicadangkan pada Disember 1917 oleh sekumpulan delegasi di Kongres Seluruh-Belarus Pertama di Minsk, tetapi kongres itu dibubarkan oleh Bolshevik. Beberapa jam sebelum Minsk diduduki oleh tentera Empayar Jerman pada 21 Februari, Jawatan Eksekutif Kongres Semua-Belarus, melalui Piagam Perlembagaan Pertama, mengisytiharkan dirinya sebagai pihak berkuasa di wilayah itu dan menubuhkan kerajaan sementara (Sekretariat Rakyat). Pada 25 Mac, di bawah keadaan pendudukan Jerman, Piagam Perlembagaan Ketiga mengisytiharkan Belarus sebagai negara merdeka dan bebas.
Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia dan pembatalan Perjanjian Brest-Litovsk, tentera Jerman mula menarik diri dari wilayah yang diduduki. Menjelang Disember 1918, unit Tentera Merah telah memasuki Minsk. Kerajaan Republik Rakyat Belarus (BNR) meneruskan aktiviti dalam buangan. Pada Oktober 1925, Persidangan Politik Semua-Belarus di Berlin mengumumkan pembubaran BNR. Banyak tokoh terkemuka BNR, A. Smolich, V. Lastouski, A. Tsviakevich, J. Liosik, dan lain-lain kembali ke SSR Byelorussia, namun kemudiannya ditindas.
Pada masa kini, kerajaan buangan mereka, Rada Republik Demokratik Belarus merupakan kerajaan buangan tertua yang masih berfungsi.
Catatan
- ^ Druhaja Ŭstaŭnaja Hramata da narodaŭ Bielarusi [The Second Constituent Charter to the Peoples of Belarus]. (n.d.). Retrieved December 29, 2017, from http://www.radabnr.org/usthramaty/hramata2/
- ^ {Гісторыя Беларусі (у кантэксце сусветных цывілізацый). — Менск, 2005. С. 323—324.
- ^ The Journal of Belarusian Studies 2018. Ostrogorski Centre. 14 March 2019. ISBN 9780244767938.
- ^ Dungaciu, Dan; Naumescu, Valentin (5 February 2015). The European Union's Eastern Neighbourhood Today: Politics, Dynamics, Perspectives. Cambridge Scholars. ISBN 9781443875196.
- ^ Fedor, Julie; Kangaspuro, Markku; Lassila, Jussi; Zhurzhenko, Tatiana (5 December 2017). War and Memory in Russia, Ukraine and Belarus. Springer. ISBN 9783319665238.
- ^ Silitski, Vitali (2010). The A to Z of Belarus. Scarecrow Press. m/s. 39.
- ^ Treciaja Ŭstaŭnaja Hramata Rady BNR [The Third Constituent Charter of the Council of the BNR]. (n.d.). Retrieved December 28, 2017, from http://www.radabnr.org/usthramaty/hramata3/
- ^ "Rada of the Belarusian Democratic Republic". Official website of the Rada BNR.
- ^ Ladysieŭ, U. F., & Bryhandzin, P. I. (2003). BNR: stanaŭliennie, dziejnasć. Ministerstva bielaruskich spraŭ pry Litoŭskaj Tarybie [BNR, its formation and activities. The Ministry for Belarusian Affairs under the Council of Lithuania]. In Pamiž Uschodam i Zachadam. Stanaŭliennie dziaržaŭnasci i terytaryjaĺnaj celasnasci Bielarusi (1917–1939) [Between the East and the West. The formation of statehood and territorial integrity of Belarus (1917–1939)] (pp. 84–88). Minsk: Belarusian State University.
- ^ Ladysieŭ, U. F., & Bryhandzin, P. I. (2003). BNR: stanaŭliennie, dziejnasć. Ministerstva bielaruskich spraŭ pry Litoŭskaj Tarybie [BNR, its formation and activities. The Ministry for Belarusian Affairs under the Council of Lithuania]. In Pamiž Uschodam i Zachadam. Stanaŭliennie dziaržaŭnasci i terytaryjaĺnaj celasnasci Bielarusi (1917–1939) [Between the East and the West. The formation of statehood and territorial integrity of Belarus (1917–1939)] (pp. 117–119). Minsk: Belarusian State University.
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Republik Rakyat Belarus |
- The Rada of the Belarusan Democratic Republic in Exile website
- "The sorrows of Belarus: A government in exile, a country in a mess". The Economist. 16 November 2006.
- "Europe.view Heart of darkness". The Economist. 13 March 2008.
- Timeline of Belarusian People's Republic








