Republik Batavia Bataafse Republiek République Batave | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1795–1806 | |||||||||
| |||||||||
Status | Negeri tuntutan Perancis | ||||||||
Ibu negara | The Hague | ||||||||
Bahasa yang umum digunakan | Bahasa Belanda, Bahasa Perancis | ||||||||
Kerajaan | Republik | ||||||||
Era Sejarah | Perang Revolusi Perancis | ||||||||
18 Januari 1795 | |||||||||
• Beraja diasaskan | 5 Jun 1806 | ||||||||
Populasi | |||||||||
• 1806 | 2178000[1] | ||||||||
Mata wang | Guilder | ||||||||
|
Sejarah Belanda |
---|
Zaman purbakala |
Puak-puak Jermanik |
Zaman Rom |
Zaman Penghijrahan |
Negeri pamah pada Zaman Pertengahan |
Alam Frank / Orang Frank |
Empayar Suci Rom |
Belanda Burgundy |
Tujuh Belas Provinsi |
Belanda Sepanyol |
Kebangkitan dan Kejatuhan Republik Belanda |
Perang Lapan Puluh Tahun |
Provinsi-provinsi Bersatu |
Zaman Keemasan |
Pemberontakan Batavia |
Dari Republik ke Monarki |
Republik Batavia |
Kemaharajaan Belanda |
Empayar Perancis Pertama |
Kemaharajaan Bersatu Belanda |
Belanda pada Zaman Moden |
Sejarah Moden Belanda |
Belanda dalam Perang Dunia II |
Luctor et Emergo |
Kawalan banjir di Belanda |
Rampaian Belanda |
Sejarah ketenteraan Belanda |
Sejarah bahasa Belanda |
Kesusasteraan Belanda |
Pengaruh Belanda pada istilah ketenteraan |
Perekaan dan penemuan Belanda |
Republik Batavia (Belanda: Bataafse Republiek ) merupakan nama sebuah republik yang didirikan di Belanda antara tahun 1795 sehingga tahun 1806, yang bentuknya mengikuti model Republik Perancis. Republik Batavia diisytiharkan pada 19 Januari 1795, iaitu sehari setelah ketua negara Willem V van Oranje-Nassau melarikan diri ke England. Kemudian pada 4 Mac, sebatang pokok simbol kebebasan ditanam di hadapan Balai Kota Amsterdam.
Republik Tujuh Wilayah Belanda yang Bersatu
Sejak 1581 Belanda berbentuk Republik, mengakhiri elit politik dari kaum aristokrat pengusaha dan dinasti Oranje. Disebabkan kekuasaan bertambah dan tertumpu terhadap golongan yang semakin kecil, maka pada akhir abad ke-18 terjadi penentangan terhadap struktur kekuasaan yang ada. Patriotten yang berorientasi pada Pencerahan menuntut hak lebih dalam pengambilan keputusan. Disebabkan gagal dan campur tangan Prussia di Belanda, pada tahun 1787 mereka melarikan diri ke Perancis.
Republik Tujuh Wilayah Belanda yang Bersatu bersikap neutral di awal Peperangan Gabungan (Peperangan era Napoleon) Pertama melawan kaum revolusi Perancis (1792-1797). Republik Tujuh Wilayah merupakan pemberi modal yang terpenting bagi Kerajaan United Kingdom, sedangkan Kerajaan United Kingdom merupakan musuh utama dari Revolusi Perancis. Hal ini mengakibatkan Belanda terlibat dalam konflik. Pada 1 Februari 1793 Perancis mengisytiharkan perang terhadap Belanda. Pada musim sejuk 1794/1795 pasukan Perancis memasuki Belanda dan menguasai Amsterdam pada 20 Januari 1795. Para pelarian tahun 1780-an mengisytiharkan Republik Batavia sebelum berakhirnya konflik.
Republik Baru
Pada 16 Mei 1795, Perancis dan Republik Batavia menandatangani Perjanjian Damai Den Haag; Eksklave Maastricht, Venlo, Limburg dan Vlaanderen yang dikuasai Perancis disepadukan dengan Belanda (kini sebagai Belgium), dan Republik Batavia harus menampung 30,000 pasukan Perancis di wilayahnya. Kedua Republik juga mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Persekutuan Serangan dalam pertempuran berikutnya melawan gabungan, terutama Austria dan United Kingdom.
Republik Batavia menetapkan titik balik politik negara: Suatu Negara kesatuan di mana ketika masih merupakan Negara Belanda Bersatu, Belanda hanyalah sebuah Persekutuan terdiri daripada beberapa negara kecil, di mana masing-masing negara menjalankan politik dalam negerinya sendiri. Dan bermula dari Republik Batavia, Belanda memiliki Pemerintahan yang terpusat. Politik luar negeri tidak dijalankan Republik ini kerana terletak di bawah penguasaan Perancis.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.
Rujukan
- ^ The Netherlands: country population, Jan Lahmeyer. Retrieved on 28 September 2013.