Rentas-pelantar atau aneka pelantar merujuk kepada atur cara, sistem pengendalian, bahasa komputer, bahasa pengaturcaraan, atau perisian komputer lain dan pelaksanaannya yang boleh dijalankan di pelbagai pelantar komputer. Sebagai contoh, satu perisian rentas-pelantar mungkin boleh dijalankan pada Microsoft Windows berasaskan seni bina x86, Linux berasaskan seni bina x86 dan Mac OS X sama ada menggunakan komputer Macintosh berasaskan seni bina PowerPC atau x86. Mudahnya, satu perisian rentas-pelantar boleh dijalankan di atas semua pelantar biasa, atau cuma lebih dari satu.
Bacaan lanjut
Lihat juga
- Contoh perisian rentas-pelantar:
- Bahasa pengaturcaraan: Perl, PHP, Python, JavaScript
- Perisian penggunaan: Firefox, OpenOffice.org
- Sistem pengendalian: Linux, NetBSD, OpenBSD, FreeBSD
- Pangkalan data: MySQL, PostgreSQL
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.