Alat kawalan jauh (remote control) ialah komponen peranti elektronik kecil yang digunakan untuk mengendali perkakasan elektronik pengguna (seperti televisyen, sistem stereo, pemain DVD dan sebagainya) tanpa wayar dari suatu jarak dicakupi garis nampak yang dekat. Alat sedemikian ditata butang pelbagai fungsi lebih banyak menyelaras peranti dari fungsi utama perkakas seperti menukar saluran, nombor runut, dan kelantangan bunyi. Ia boleh dipegang dengan tangan serta dikuasakan oleh bateri bersaiz AAA atau AA.
Prinsip
Biasanya, alat kawalan jauh merupakan peranti memancarkan sinar inframerah melalui suatu diod cahaya yang mendenyutkan sinar ini menghasilkan isyarat yang terpancar ke arah perkakas yang menerima isyarat tersebut.[1] Isyarat inframerah ini boleh dimimik oleh sebuah alat kawalan jauh sejagat yang mampu meniru fungsi-fungsi alat kawalan jauh bagi kebanyakan jenama TV utama.
Model alat-alat kawalan sejak tahun 2000-an mula lengkap dengan keterhubungan Bluetooth atau Wi-Fi serta kawalan melalui pengesanan pergerakan mahupun pengecaman arahan dituturkan.[2][3]
Sejarah
Alat kawalan jauh pertama yang dibangunkan untuk televisyen adalah model "Lazy Bones" dari syarikat Zenith Radio Corporation tahun 1950 yang dihubungkan melalui suatu wayar sambungan tunggal dalam suatu jarak.[4]
Alat kawalan tanpa wayar pertama dikembangkan Eugene Polley melalui model "Flashmatic"[4][5] tahun 1955; model ini berfungsi melalui pemancaran cahaya yang perlu dibidik tepat kepada empat sel fotovolta yang boleh mengaktifkan penala menukar satu saluran ke satu saluran lain serta menaikkan atau menurunkan kelantangan bunyi alat.[6][7][8]
Rujukan
- ^ ICT Roger Crawford – Heinemann IGCSE – Chapter 1 page 16
- ^ James Wray and Ulf Stabe (2011-12-05). "Microsoft brings TV voice control to Kinect". Thetechherald.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-02. Dicapai pada 2013-01-02.
- ^ "PlayStation®Move Navigation Controller". us.playstation.com.
- ^ a b "A history of the TV remote control as told through its advertising". Me-TV Network. Dicapai pada 17 August 2018.
- ^ "Remote Background - Zenith Electronics". zenith.com. Dicapai pada 17 August 2018.
- ^ Martin, James (23 Mei 2012). "Remembering Eugene Polley and his Flash-Matic remote (photos)". CNet. Dicapai pada 17 Ogos 2018.
- ^ "Five Decades of Channel Surfing: History of the TV Remote Control". Zenith. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Januari 2008. Dicapai pada 3 Disember 2008.
- ^ Walsh, Lawrence (23 Mei 2012). "Wireless remote control inventor zaps out at 96". The Register. Dicapai pada 17 Ogos 2018.