Reinhard Gehlen | |
---|---|
Kelahiran | Erfurt, Empayar Jerman | 3 Mac 1902
Meninggal dunia | 8 Jun 1979 Starnberg, Jerman Barat | (umur 77)
Kesetiaan | Republik Weimar (1920–1933) Jerman Nazi (1933–1945) Amerika Syarikat (1946–1956) Jerman Barat (1956–1968) |
Perkhidmatan | Tentera Darat |
Pangkat | Leftenan Jeneral |
Pertempuran | Perang Dunia II Perang Dingin |
Anugerah | Deutsches Kreuz warna Perak semasa Perang Dunia II Großes Bundesverdienstkreuz am Schulterband Knight of Malta (1968) |
Reinhard Gehlen (3 April 1902 – 8 Jun 1979) adalah seorang jeneral Jerman yang menjadi ketua unit perisikan tentera Fremde Heere Ost (FHO) Tentera Darat Jerman semasa Perang Dunia II (1942–45); pemimpin perisik Organisasi Gehlen yang anti–komunis untuk Amerika Syarikat (1946–56); dan presiden pertama Biro Perisikan Persekutuan (Bundesnachrichtendienst, BND) Jerman Barat (1956–68) semasa Perang Dingin.
Gehlen menjadi seorang askar profesional pada tahun 1920 sewaktu di bawah pemerintahan Republik Weimar. Pada tahun 1942, beliau menjadi ketua FHO, iaitu unit perisikan Tentera Darat Jerman di Barisan Timur (1941–45). Beliau mencapai ke pangkat Generalmajor sebelum dipecat oleh Adolf Hitler kerana laporan risikan FHO yang pesimis tentang kekuatan Tentera Merah. Pada akhir tahun 1945, pada permulaan Perang Dingin, tentera A.S. (G-2 Risik) merekrutnya untuk menubuhkan satu rangkaian pengintipan terhadap Soviet Union, iaitu Organisasi Gehlen, yang menggaji bekas pegawai tentera Wehrmacht dan bekas Nazi dari Schutzstaffel (SS) dan Sicherheitsdienst (SD).
Gehlen merupakan presiden Biro Perisikan Persekutuan Jerman Barat dari tahun 1956 hingga 1968. Walaupun ia adalah pejabat awam, beliau juga merupakan Generalleutnant dalam pasukan Simpanan Bundeswehr, iaitu pegawai simpanan tertinggi dalam angkatan tentera Jerman Barat.[1]
Tarikh kenaikkan pangkat
- Leutnant - 1 Disember 1923
- Oberleutnant - 1 Februari 1928
- Hauptmann - 1 Mei 1934
- Major - 1 Mac 1939
- Oberstleutnant - 1 Julai 1941
- Oberst - 1 Disember 1942
- Generalmajor - 1 Disember 1944
- Generalleutnant Simpanan (Bundeswehr) - 30 Mac 1962
Anugerah kebesaran
- Iron Cross Kelas 2
- War Merit Cross Kelas 2 dan 1 berserta Pedang
- German Cross warna Perak (28 Mac 1945)
- Grand Cross of the Order pro Merito Melitensi of the Sovereign Military Order of Malta (1948)
- Grand Cross of the Order of Merit of the Federal Republic of Germany (30 April 1968)
Nota dan rujukan
- ^ Pahl, Magnus. Fremde Heere Ost: Hitlers militärische Feindaufklärung, p. 32, Ch. Links Verlag, 2013, ISBN 3862842037.
Bibliografi dan sumber
- Cookridge, E. H. Gehlen: Spy of the Century. London: Hodder & Stoughton. 1971, and New York: Random House. 1972
- Critchfield, James H.: Partners at Creation: The Men Behind Postwar Germany's Defense and Intelligence Establishments. Annapolis: Naval Institute Press, 2003. x + 243 pp, ISBN 1-59114-136-2.
- Hastings, Max (2015). The Secret War: Spies, Codes and Guerrillas 1939 -1945 (Paperback)
|format=
requires|url=
(bantuan). London: William Collins. ISBN 978-0-00-750374-2. - Hersh, Burton. The Old Boys — The American Elite and the Origins of the CIA. New York: Scribner’s. 1992
- Höhne, Heinz; Zolling, Hermann (1972). The General Was a Spy: The Truth about General Gehlen and his spy ring. New York: Coward, McCann & Geoghegan. ISBN 0698104307.
- Kross, Peter. "Intelligence" in Military Heritage, October 2004, p. 26–30
- Reese, Mary Ellen. General Reinhard Gehlen: The CIA Connection. Fairfax, Virginia: George Mason University. 1990
- United States National Archives, Washington, D.C. NARA Collection of Foreign Records Seized, Microfilm T-77, T-78
- Weiner, Tim. Legacy of Ashes: The History of the CIA, Trade Paperback, p. 10–190, Anchor Books. 2008. ISBN 978-0-307-38900-8
Sastera
- John Douglas-Gray in his thriller The Novak Legacy ISBN 978-0-7552-1321-4
- WEB Griffin, in his post-World War II novel Top Secret ISBN 978-0-399-17123-9
Pautan luar
- "Disclosure" newsletter, Information promulgated by the U.S. National Archives & Records Administration
- Forging an Intelligence Partnership: CIA and the Origins of the BND, 1945–49 CIA declassified documents on the Gehlen Organization.
- Reinhard Gehlen's CIA file on the Internet Archive.
Pejabat-pejabat kerajaan | ||
---|---|---|
Didahului oleh None |
Presiden Biro Perisikan Persekutuan 1956–1968 |
Diikuti oleh: Gerhard Wessel |