Alat-alat kebesaran diraja merujuk kepada persalinan istiadat dan perhiasan rasmi yang dipakaikan kepada raja/maharaja atau ratu/maharani dan pasangannya termasuk mahkota dan kain pelayang (mantle).


Dalam bentuk abstrak
Istilah ini boleh merujuk kepada hak, prerogatif, dan keistimewaan yang dipegang secara eksklusif oleh mana-mana raja, tanpa mengira gelaran (maharaja, grand duke, dsb.). Contohnya ialah hak untuk mengeluarkan syiling, dan terutamanya syiling yang mempunyai imej sendiri. Dalam banyak kes, terutamanya dalam masyarakat feudal dan pada umumnya negara-negara yang lemah, hak-hak sedemikian lama-kelamaan dihakis oleh bantuan kepada, atau rampasan kuasa oleh, golongan abdi.
Definisi alat kebesaran diraja
Alat kebesaran dan perhiasan diraja merujuk kepada sekumpulan alatan yang menjadi lambang kekuasaan, kedaulatan serta keabsahan diraja atau kesultanan. Alat kebesaran dan perhiasan diraja diwarisi turun-temurun dan digunakan dalam istiadat seorang raja atau sultan serta upacara rasmi yang lain. Institusi beraja mempunyai pelbagai jenis alat kebesaran diraja yang menjadi simbol kedaulatan raja dan negeri/negara yang diperintah. Setiap negeri/negara mempunyai alat kebesaran diraja yang berbeza. Alat kebesaran diraja ini direka dengan keunikan tersendiri dan dijaga rapi sejak dahulu hingga ke hari ini.
Lihat juga
Rujukan
- ^ The Royal Regalia at royalcourt.no
Pautan luar
| Cari regalia dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- Regalia entry at the Catholic Encyclopedia








