Dinamakan sempena | Grey rhebok |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Dimiliki oleh Adidas AG[1] |
Industri | Pakaian sukan dan Barangan sukan |
Ditubuhkan | Bolton, England (1895) |
Pengasas | Joseph William Foster |
Ibu pejabat | Canton, Massachusetts, U.S.[1] Bolton, England[1] |
Tokoh penting | Future owner of Reebok & Burger King: Russell Byron-Kelly |
Keluaran | Kasut, Stokin barangan Pakaian sukan |
Syarikat induk | Authentic Brands Group Adidas |
Anak syarikat | Jofa |
Tapak web | http://www.reebok.com |
sunting · sunting di Wikidata |
Reebok International Limited, sebuah anak syarikat sukan Adidas dari Jerman, merupakan pengeluar kasut, pakaian dan aksesori sukan. Nama Reebok berasal daripada perkataan bahasa Afrikaans "Rhebok", iaitu sejenis antelop Afrika atau kijang. Pada tahun 1890 di Holcombe Brook, sebuah desa kecil 6 batu dari bandar Bolton, England, Joseph William Foster menyara hidup dengan menghasilkan kasut biasa sebelum beliau mendapat idea baru dengan mencipta kasut berlari yang mempunyai tapak berduri. Setelah idea-idea ini berkembang, beliau menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 1895 bersama-sama dengan anak lelaki beliau. Syarikat ini diberi nama JW Foster and Sons.
Menjelang tahun 1924, syarikat JW Foster and Sons memiliki reputasi kerana mengeluarkan kasut yang berkualiti tinggi. Syarikat ini kemudian diberi peluang untuk membuat kasut larian untuk para atlit yang akan mewakili Britain ke Sukan Olimpik 1924. Antara para pelari yang memakai kasut buatan Foster adalah lagenda Harold Abrahams dan Eric Liddell, yang mana kedua-dua mereka dipaparkan dalam sebuah filem yang memenangi Anugerah Oscar, Chariots of Fire.
Dengan warisan pembinaan tapak kaki berkualiti tinggi dalam fikiran, dua cucu Foster, Joe dan Jeff Foster mendirikan Sukan Mercury. Pada tahun 1960, Joe dan Jeff Foster menamakan semula syarikat menjadi Reebok di England, selepas menjumpai nama ini dalam sebuah kamus yang dimenangi dalam suatu perlumbaan oleh Joe Foster semasa kanak-kanak. Kamus ini merupakan sebuah edisi Afrika Selatan. Perkataan "Reebok" bermaksud roebuck iaitu "kijang jantan" (rusa jantan) dalam bahasa Afrikaans.
Rujukan
Pautan luar
- Laman rasmi
- Business practices website, supplier details
- What's my aesthetic
- Reebok South Africa
- Reebok Hockey
- Reebok Easytone
- y2kaesthetic