Realiti terimbuh (augmented reality, disingkatkan sebagai AR) ialah sebuah kaedah penderiaan interaktif suatu persekitaran dunia yang sebenar melalui unsur-unsur yang "terimbuh" oleh maklumat deria janaan komputer (yang kadangkalanya seing bertindihan) termasuk maklumat penglihatan, pendengaran, haptik, sentuhan, dan bauan.[1]
Maklumat deria yang bertindihan boleh membina (yakni menambah kepada persekitaran semula jadi) atau memusnah (menyelubungi persekitaran tersebut) serta disebatikan dengan lancar sehingga maklumat tersebut dianggap sebagai aspek alam nyata yang dapat dirasai dengan mendalam. Dengan cara ini, realiti terimbuh mengubah persepsi seseorang mengenai persekitaran dunia sebenar, jika dibandingkan dengan realiti maya yang benar-benar menggantikan persekitaran dunia sebenar dengan suatu gantian yang disimulasikan atau direkakan.[2][3]
Rujukan
- ^ Schueffel, Patrick (2017). The Concise Fintech Compendium. Fribourg: School of Management Fribourg/Switzerland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-10-24. Dicapai pada 2018-06-18.
- ^ Steuer, Jonathan (15 Oktober 1993). Defining Virtual Reality: Dimensions Determining Telepresence (PDF) (Laporan) (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Komunikasi Universiti Stanford.
- ^ "Introducing Virtual Environments" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Aplikasi Pemgkomputan Adi Negara (National Center for Supercomputing Applications), Universiti Illinois. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-04-21. Dicapai pada 2018-06-18. Italic or bold markup not allowed in:
|publisher=
(bantuan).