Rasuk | |
---|---|
Pengarah | James Lee |
Penulis | Adib Zaini |
Cerita oleh | Laili Nordin |
Dihasilkan oleh |
|
Dibintangi | |
Sinematografi | Harris Hue Abdullah |
Muzik oleh | Lee Yoke Kee |
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | 29 September 2022 (Malaysia) |
Masa tayangan | 90 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Pecah panggung | RM1.41 juta |
Rasuk ialah sebuah filem hantu thriller Malaysia 2022 arahan James Lee dengan cerita asal oleh Laili Nordin dan skrip oleh Muhamad Adib. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 29 September 2022.[1]
Sinopsis
Seorang guru terpaksa kembali bekerja walaupun dia masih trauma dengan tragedi yang telah berlaku terhadapnya. Pada hari yang sama, lima pelajar pergi berkelah di tepi sungai. Salah seorang daripada mereka telah terjumpa botol misteri dan membukanya. Keadaan menjadi huru-hara apabila seorang demi seorang daripada pelajar yang masih ada di asrama telah dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang perlu berkorban.
Pelakon
Pelakon utama
- Alif Satar sebagai Nazmi
- Ikmal Amry sebagai Adli
- Elisya Sandha sebagai Alia
- Alicia Amin sebagai Fiza
- Ayie Elham sebagai Kechik
- Taufiq Hanafi sebagai Farid
- Abbas Mahmood sebagai Wari
- Syazwan Razak sebagai Sam
- Atiq Azman sebagai Nik
Penampilan khas
- Azhan Rani sebagai Harris
- Isyraf Danish sebagai Mee Segera Boy
- Bella Rahim sebagai Kak Yam
- Munabella sebagai Sarah
Keluaran
Rasuk dikeluarkan pada 29 September 2022.[2][3]
Rujukan
- ^ "RASUK - FILEM SERAM ZOMBIE DENGAN SENTUHAN MISTIK". Femag Online. 22 September 2022. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (22 September 2022). "Rasuk penuh tanda tanya". Utusan Malaysia. Dicapai pada 22 Oktober 2022.
- ^ Hazique Zairill (3 Oktober 2022). "A zombie movie like no other" (dalam bahasa Inggeris). The Sun Daily. Dicapai pada 10 Disember 2022.