Rang Jaminan MSC Malaysia (MSC Malaysia Bill of Guarantees) adalah jaminan kerajaan Malaysia untuk menggalakkan pertumbuhan syarikat-syarikat berstatus MSC di Malaysia juga pertumbuhan industri teknologi maklumat.
Sepuluh kandungan Rang Jaminan itu adalah:
- Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia
- Membenarkan pengambilan pekerja maklumat tanpa had
- Memastikan hakmilik bebas kepada syarikat berstatus MSC dengan pengecualian syarat pemilikan tempatan
- Memberi kebebasan untuk mencari pembiayaan di luar dan hak untuk meminjam dari luar
- Menyediakan cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan dan tarif telekomunikasi yang menarik termasuk tiada cukai selama 10 tahun dan tiada import duti untuk peralatan multimedia
- Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber
- Tiada penapisan Internet
- Menyediakan tarif komunikasi yang kompetitif pada peringkat global
- Tawaran tender untuk kontrak infrastruktur utama kepada syarikat terkemuka yang sanggup menggunakan MSC Malaysia sebagai hab serantau
- Menyediakan satu agensi yang berkesan iaitu Multimedia Development.