Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Inggeris. (September 2017)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rand Afrika Selatan | |
---|---|
Senarai
| |
ISO 4217 | |
Kod | ZAR |
Nombor | 710 |
Eksponen | 2 |
Jenis mata wang | |
Superunit | |
16,500 | Krugerrand (nilai dipaut dengan 1 auns emas) |
Subunit | |
1/100 | cent (sen) |
Bentuk jamak | rand |
Simbol | R |
cent (sen) | c |
Wang kertas | R 10, R 20, R 50, R 100, R 200 |
Syiling | 10c, 20c, 50c, R 1, R 2, R 5, Krugerrand |
Demografi | |
Pengguna rasmi | Afrika Selatan[a] Lesotho[b] Namibia[c] Eswatini[d] |
Pengguna tidak rasmi | Zimbabwe[e] |
Pengeluaran | |
Bank Rizab Afrika Selatan | |
Tapak web | www |
Penilaian | |
Inflasi | 3.6% (Afrika Selatan sahaja) |
Sumber | Bank Rizab Afrika Selatan, November 2010 |
Kaedah | IHP |
loti Lesotho, lilangeni Swaziland, and dolar Namibia pada tara | |
Catatan | |
| |
sunting |
Rand adalah matawang rasmi Afrika Selatan. Ia mula diperkenalkan pada 1961, sebaik sahaja negara ini merdeka daripada jajahan British dan menjadi sebuah republik, menggantikan paun Afrika Selatan sebagai matawang yang sah. Satu Rand boleh dibahagikan kepada 100 "cent". Rand boleh didapati dalam 5 wang kertas (R10, R20, R50, R100 dan R200) dan 9 duit syiling (1c, 2c, 5c, 10c, 20c, 50c, R1, R2 and R5).
Penamaan
Matawang ini dinamakan sempena Witwatersrand (maksud dari bahasa Afrikaans: "rabung air putih") iaitu lombong emas pertama di Afrika Selatan yang dikenali dengan deposit emasnya ynag banyak.
Sejarah
Mata wang rand diperkenalkan dahulunya oleh Kesatuan Afrika Selatan pada 14 Februari 1961 iaitu tiga bulan sebelum tertubuhnya Republik Afrika Selatan.[1] Sebuah "suruhanjaya pempuluhan syiling" (Decimal Coinage Commission) telah ditubuhkan sebagai suatu proses peralihan daripada matawang yang sedia ada iaitu paun, shilling dan pence serta dicadangkan pada 8 Ogos 1958.[2] Matawang ini menggantikan paun Afrika Selatan sebagai tender sah negara ini pada kadar 2 rand kepada 1 pound, atau 10 shilling kepada 1 rand. Pemerintah negara tersebut memperkenalkan sebuah kempen pemgenalan mengenai matawang baru ini bersama maskotnya Decimal Dan (atau Dan Desimaal dalam bahasa Afrikaans) serta iklan radio[3] untuk memaklumkan perubahan matawang tersebut kepada orang ramai.[4]
Selepas serangan pengganas 11 September 2001 di New York, Amerika Syarikat, Rand mengalami kesan yang teruk berbanding dengan semua matawang asing, dan masalah dinegara jirannya iaitu Zimbabwe telah menurunkan nilai matawang ini. Pada Disember 2001, Rand telah mencecah tahap paling rendah iaitu 1 USD = 13.85 ZAR; Namun sejak akhir-akhir ini, Rand telah kembali kukuh terutamanya berbanding dolar Amerika. Satu suruhanjaya telah ditubuhkan untuk mengenalpasti sebab-sebab penurunan Rand, tetapi agak sukar untuk mencari sebab utama penurunannya.
Pada Ogos 2004, satu duit syiling R5 telah diperkenalkan dengan sekuriti baru untuk mengelakkan pemalsuan. Unsur-unsur sekuritinya termasuklah penggunaan imej dwi-logam dan huruf mikro atau "micro-lettering".
Rujukan
- ^ "From Van Riebeeck to Madiba". News24. 2012-09-12. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-20. Dicapai pada 2018-01-17.
- ^ "The Reserve Bank and the Rand: Some historic reflections". Resbank.co.za. 29 November 2001. Dicapai pada 2012-09-05.
- ^ "'Decimal Dan' Sings: Catchy Tune Teaches New Currency". The Spokesman-Review. 10 January 1961. Dicapai pada 2012-09-05.
- ^ A General's Story: from an Era of War and Peace, m/s 32
Pautan luar
- Laman matawang Bank Rizab Afrika Selatan Diarkibkan 2020-04-13 di Wayback Machine
- laman mengenai matawang Afrika Selatan dengan gambaran ringkas mengenai setiap wang kertas yang digunakan.
- laman mengenai matawang rand lama ketika zaman apartheid Afrika Selatan.
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Afrikaans
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Ndebele Selatan
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Xhosa
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Zulu
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Swazi
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Northern Sotho
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Sotho
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Tswana
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Tsonga
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Venda
- Mata wang Afrika
- Mata wang dalam edaran
- Mata wang