Rampasan kuasa tentera Niger 2010 dilakukan pada 18 Februari 2010. Tentera menyerang istana Presiden Niger di Niamey dan berjaya menangkap presiden Mamadou Tandja. Ketika itu presiden sedang mempengerusikan mesyuarat menteri.[1] Rampasan kuasa itu dipimpin oleh ketua d'escadron Salou Djibo.
Latar belakang
Mamadou Tandja dituduh diktator kerana cuba memanjangkan tempoh berkuasa.[1] Pembangkang membantah pungutan suara Ogos 2009 yang membenarkan Presiden Mamadou Tandja terus memerintah untuk beberapa tahun lagi melebihi had perlembagaan di negara Afrika Barat ini. Sepatutnya mandat beliau tamat pada Disember 2009. Tapi dia menubuhkan mahkamah perlembagaan untuk mengubah Perlembagaan Niger agar disambung 3 tahun lagi.
Mamadou Tandja turut serta dalam rampasan kuasa Niger 1974 di mana Seyni Kountché mendapat kuasa memerintah. Tandja mendapat beberapa jawatan dan menjadi pemimpin Gerakan Kebangsaan Pembangunan Masyarakat (MNSD).
Rampasan kuasa Niger 1999 pula membuka jalan bagi pilihan raya bebas dan adil di mana Tandja terpilih menjadi Presiden.
Tentera ambil alih
Sekumpulan tentera dari sebuah tangsi di Tondibia, dekat Niamey, dilaporkan memasuki bandar dengan kereta berperisai pada tengah hari 18 Februari 2010 dan membedil istana presiden selama 30 minit dan merosakkan bangunan. 3 anggota tentera dilihat terbunuh. Lokasi di mana Mamadou Tandja masih tidak diketahui.[2]
Stesen radio kebangsaan Voix du Sahel terus bersiaran walaupun terputus selama 15 minit. Radio hanya memainkan muzik tradisional tanpa menyiarkan sebarang berita.[3]
Selepas rampasan kuasa
Petang itu, Kolonel Goukoye Abdul Karimou, yang dikelilingi oleh askar lain, mengumumkan bahawa perlembagaan negara itu digantung. Tindakan patriotik ini demi menyelamatkan Niger dan penduduknya daripada kemiskinan, penipuan dan rasuah.[4]
Mengikut Reuters, kehidupan di Niamey umumnya kembali kepada normal pada 19 Februari dan terdapat "perasaan lega dan harapan untuk perubahan" selepas krisis politik lama dan separa-pemencilan. Kerja-kerja kerajaan turut bersambung, dengan kementerian diuruskan oleh setiausaha-am mereka.[5]
Kolonel Salou Djibo yang dilantik sebagai ketua junta tentera sebelumnya, secara rasmi dilantik sebagai ketua negara dan ketua kerajaan melalu satu dekri pada Februari. Beliau kemudian melantik Mahamadou Danda, yang sebelum itu meupakan Menteri Komunikasi, sebagai Perdana Menteri pada 23 Februari.[6]
Rujukan
- ^ a b Todd Pitman, "Armed soldiers storm Niger presidential palace", Associated Press, 18 Februari 2010.
- ^ Tentera serang kediaman Presiden Niger Utusan Malaysia
- ^ Scott Stearns, "Reports: Soldiers Have Taken Niger President"[pautan mati kekal], VOA News, 18 Februari 2010.
- ^ "Niger soldiers say coup 'patriotic'", Al Jazeera, 18 Februari 2010.
- ^ Abdoulaye Massalatchi, "Niger's capital calm one day after coup", Reuters, 19 Februari 2010.
- ^ "Niger junta names civilian as caretaker prime minister", BBC News, 23 Februari 2010.