Rambut gimbal[1] atau rambut pilinan[2] (juga dalam Sanskrit: जटा jaṭā,[3] bahasa Inggeris: dreadlocks ) ialah penggayaan rambut melalui pemayangan atau penganyaman sehingga helaian rambut ini menjadi sangat tebal.[4] Gaya rambut ini mula diketahui sejak lebih 2 alaf yang lalu.
Gaya rambut ini telah dipakai untuk sebab-sebab tertentu dalam setiap kebudayaan: baik sebagai suatu ungkapan terhadap kepercayaan agama, rasa bangga dalam sesebuah etnik, sebagai sebuah pernyataan politik mahupun sebagai menunjukkan siri sebagai seorag berjiwa bebas dan semula jadi.[5]
Peristilahan
Nama bahasa Inggeris untuk gaya ini banyak dihujahkan - ada yang berpendapat ia daripada fungsinya dalam kalangan penganut Rastafari sebagai tanda keakuran dan ketakutan amat (dread)[6]mentaat kepada Tuhan mereka mahupun ia merujuk kepada gambaran menyebabkan reaksi pihak British melihat para pemberontak di Uganda menggayakan rambut mereka sedemikian semasa bertarung melawan pihak penjajah.[7]
Padanan nama "rambut gimbal" dalam bahasa Melayu pula mula-mula lazim dari Indonesia di mana "gimbal" bermaksud "lebat dan tidak teratur".[1]
Pengamalan
Agama Hindu
Kitab-kitab suci Veda ada catatan terawal mengenai pengamalan begini di mana ia biasanya dipakai dala kalangan golongan sadhu atau sami. Kedua-dua sadhu lelaki dan wanita melihat ia sebagai suatu amalan suci yang menandakan penjauhan diri mereka daripada hal-hal duniawi.
Agama Buddha
Banyak para penganut Buddha bermazhab Tibet melihat jaṭā sebagai suatu cara penunjukkan penolakan kebendaan serta peninggalan dunia.[8]
Rastafari
Menurut kepercayaan Rastafari, gaya rambut ini melambangkan Singa Yehuda iaitu simbol keturuanan Haile Selassie yang dikatakan berasal dari kerabat Nabi Sulaiman dan Ratu Sheba melalui Menelik I. Amalan ini diilhamkan daripada perbuatan golongan Naziri seperti yang digambarkan dalam Alkitab.[9]
Cara penggayaan
Rambut berupa sebegini biasanya akan terbentuk secara semulajadinya apabila rambut dibiarkan begitu sahaja tanpa disikat atau dipotong, lalu akan termayang dengan sendirinya. Gaya akhir yang terhasil cenderung berbeza-beza mengikut saiz, lebar, bentuk, panjang, dan tekstur. Rambut juga boleh diditarik berasingan agar bentuk rambut mereka seragam.
Ada juga kaedah yang mencadangkan rambut disemburkan campuran air bergaram laut dan minyak pati bagi mempercepatkan proses ini.[perlu rujukan]
Nota
- ^ a b "Arti kata gimbal". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan Bahasa dan Perbukuan. Dicapai pada 9 November 2019.
- ^ "Gambar Pilihan Hari Ini". Berita Mediacorp. 18 Julai 2019. Dicapai pada 12 Mei 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Hair: Styling, Culture and Fashion. University of Michigan [Michigan]: Bloomsbury Academic. 2009. ISBN 9781845207922.
His jata (dreadlocks) are elegantly styled, and the source of the Ganges issues from his topknot. In the background are the Himalayas where Shiva performs his austerities.
- ^ Merriam-Webster, Merriam-Webster (2004). Merriam-Webster's Collegiate Dictionary: Eleventh Edition. [ ]: Merriam-Webster. m/s. 380. ISBN 9780877798095.
dread-lock \'dred-,lak\ n (I960) 1 : a narrow ropelike strand of hair formed by matting or braiding 2 pi : a hairstyle consisting of dreadlocks — dread-locked \-,lakt\ adj
- ^ "The diverse cultural & personal meanings dreads have for their owners..." 4 April 2016. Dicapai pada 7 September 2016.
- ^ "'dread' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 9 November 2019.
- ^ "Dreadlocks in History - How Dreadlocks Work". HowStuffWorks (dalam bahasa Inggeris). 5 Oktober 2010. Dicapai pada 9 November 2019.
- ^ The Dreadlocks Treatise: On Tantric Hairstyles in Tibetan Buddhism.
- ^ Chevannes, Barry (1994). RASTAFARI: ROOTS AND IDEOLOGY. Syracuse University Press. m/s. 158. Dicapai pada 6 January 2018.
Pautan luar
- Dreadlocks Story – Documentary by Linda Aïnouche Diarkibkan 2016-06-18 di Wayback Machine
- Dare to dread, rencana akhbar The Guardian mengenai gaya rambut ini.