(Dilencongkan daripada Raja Prusia)
Laman ini memaparkan senarai raja Prusia yang memerintah dari tahun 1701 hingga 1918.
Kerajaan Prusia (1701–1918)
[sunting | sunting sumber]Imej | Nama | Tempoh memerintah | Nota | Lambang |
---|---|---|---|---|
Frederick I 1657-1713 |
18 Januari 1701 - 25 Februari 1713 | Anakanda kepada Frederick William | ||
Frederick William I 1688-1740 |
25 Februari 1713 - 31 Mei 1740 | Anakanda kepada Frederick I; berjasa dalam pembangunan negara serta memodenkan dan membangunkan kepentingan ketenteraan dan pentadbiran | ||
Frederick II Agung 1712-1786 |
31 Mei 1740 - 17 Ogos 1786 | Anakanda kepada Frederick William I; raja pertama yang menggunakan gelaran "Raja Prusia" ketika tahun 1772. | ||
Frederick William II 1744-1797 |
17 Ogos 1786 - 16 November 1797 | Cucunda kepada Frederick William I; bertanggungjawab dalam meluaskan wilayah Prusia dengan pengilhakan di Poland | ||
Frederick William III 1770-1840 |
16 November 1797 - 7 Jun 1840 | Anakanda kepada Frederick William II; Raja Pemilih terakhir Brandebourg serta berjasa dalam meluaskan pengaruh Prusia di Jerman selepas kejatuhan Empayar Rom Suci | ||
Frederick William IV 1795-1861 |
7 Jun 1840 - 2 Januari 1861 | Anakanda kepada Frederick William III; baginda telah menolak raja mahkota empayar yang ditawarkan oleh Parlimen Frankfurt pada tahun 1849 dan kekebalan perlembagaan konservatif tetap berkuatkuasa sehingga tahun 1918. | ||
William I Agung 1797-1888 |
2 Januari 1861 - 9 Mac 1888 | Adinda kepada Frederick William IV; merupakan Presiden Gabungan Jerman Utara pada tahun 1867 dan diisytiharkan sebagai Maharaja Jerman pada 1871. | ||
Frederick III 1831-1888 |
9 Mac 1888 - 15 Jun 1888 | Anakanda kepada William I; memerintah selama tiga bulan pada tahun 1888 yang dikenali sebagai "Tahun Tiga Maharaja" | ||
William II 1859-1941 |
15 Jun 1888 - 9 November 1918 | Anakanda kepada Frederick III; diisytiharkan turun takhta oleh Canselor Empayar Max von Baden ketika Perang Dunia I yang membawa kepada kejatuhan empayar. |
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Wangsa Hohenzollern Diarkibkan 2003-07-27 di Wayback Machine