Hitam هيتم | |||||
---|---|---|---|---|---|
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | |||||
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan II | |||||
Pemerintahan | 1795–1808 | ||||
Didahului oleh | Raja Melewar | ||||
Diikuti oleh | Raja Lenggang | ||||
Keputeraan | 1704 Kerajaan Pagaruyung | ||||
Kemangkatan | 1808 Seri Menanti, Negeri Sembilan | ||||
Pemakaman | Makam Diraja Seri Menanti, Seri Menanti, Negeri Sembilan, Malaysia | ||||
Pasangan | Tunku Puan Aishah binti Raja Mahmud, Cik Jingka | ||||
Anakanda | Tunku Alang Hussain Tunku Ngah Tunku Ibrahim Tunku Alwi | ||||
| |||||
Wangsa | Pagaruyung | ||||
Agama | Islam Sunni |
Raja Hitam ibni Almarhum Sultan Bagagar Syah I merupakan Yamtuan Besar kedua bagi Negeri Sembilan, menggantikan Raja Melewar yang telahpun mangkat. Baginda memerintah dari tahun 1795 sehingga tahun 1808.
Baginda merupakan menantu kepada Raja Melewar kerana mengahwini puterinya, Tunku Puan Aishah, akan tetapi mereka tidak dikurniakan anak. Baginda berkahwin dengan seorang wanita bernama Jingka dan dikurniai tiga orang putera iaitu Tunku Alang Hussain (nenda kepada Yamtuan Antah), Tunku Ibrahim dan Tunku Alwi, dan seorang puteri iaitu Tunku Ngah (isteri kepada Raja Lenggang dan bonda Yamtuan Radin).
Kehidupan awal
![]() |
Kemangkatan
Pada tahun 1808, Tuanku Raja Hitam telah mangkat dan tempat baginda digantikan oleh Tuanku Raja Lenggang sebagai Yamtuan Besar berikutnya. Baginda dikebumikan di Seri Menanti.