| Raja Bendahara Perak | |
|---|---|
Wilayah/Negeri | |
| Butiran | |
| Penyandang pertama | Raja Alauddin |
| Penyandang terakhir | Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azzam Shah (Mangkat 28 Dec 1958) |
| Pembentukan | 1 April 1750 |
| Pemansuhan | 28 December 1958, diganti dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Perak |
Raja Bendahara Perak ialah sebuah jawatan diraja Ke 2 selepas Raja Muda dalam Kesultanan Perak.
Jawatan ini ialah penerus kepada jawatan Bendahara Perak yang sebelum ini diwarisi oleh waris keturunan Megat Terawis. Walau bagaimanapun, pada pemerintahan Sultan Iskandar Dzulkarnain, baginda telah melantik Raja Alauddin atau digelar Bendahara Penyengat Hitam sebagai Raja Bendahara.[1] Bermula daripada itu, jawatan ini disandang oleh kerabat diraja lebih 200 tahun sehingga penyandang terakhir, Raja Abdul Rashid ibni Sultan Idris Murshidul Azzam Shah mangkat pada 1958. Kedudukan Raja Bendahara Perak dalam hierarki pewarisan takhta Perak ialah pewaris kedua tertinggi, di bawah Raja Muda Perak. [2] Jawatan ini digantikan dengan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja yang kembali disandang oleh bukan kerabat diraja[1] dan menjadi salah seorang Orang Besar Empat dalam senarai Orang Besar Negeri Perak.
Rujukan
- ^ a b Jasbindar, Freddie Aziz (2019-02-06). "Kenali Raja Bendahara Perak Yang Terakhir". Dicapai pada 2023-10-02.
- ^ SembangKuala (2013-02-16). "Peranan Waris Negeri Perak Kepada Takhta Singgahsana Negeri". SembangKuala (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-02.








