Raja Ashman Shah | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Raja Kecil Sulong Negeri Perak (r. 2010 - 2012) | |||||||||
Raja Kecil Sulong Perak | |||||||||
Pemerintahan | - | ||||||||
Kemahkotaan | 16 Mac 2010 - 30 Mac 2012 | ||||||||
Didahului oleh | Raja Iskandar Dzurkarnain | ||||||||
Diikuti oleh | Raja Ahmad Nazim Azlan Shah | ||||||||
Keputeraan | Raja Ashman Shah ibni Raja Azlan Shah 28 Disember 1958 George Town, Pulau Pinang, Malaya | ||||||||
Kemangkatan | 30 Mac 2012 Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia | (umur 53)||||||||
Pemakaman | 30 Mac 2012 Makam Diraja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak | ||||||||
Pasangan | Noraini Jane (k. 1991) | ||||||||
Anakanda | Raja Eminah Alliyah Raja Ahmad Nazim Azlan Shah (Raja Kecil Sulong Perak) Raja Bainunisa Safia | ||||||||
| |||||||||
Kerabat | Kesultanan Perak | ||||||||
Ayahanda | Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Shah | ||||||||
Bonda | Raja Permaisuri Tuanku Bainun binti Mohd Ali | ||||||||
Agama | Islam |
Almarhum Raja Dato' Seri Ashman Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah (28 Disember 1958 - 30 Mac 2012) ialah bekas Raja Kecil Sulong Perak yang dilantik pada 16 Mac 2010.
Kehidupan peribadi
Raja Dato' Seri Ashman adalah anakanda ketiga baginda sulung dan putera bongsu Sultan Perak daripada lima adik-beradik iaitu Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah, Raja Dato’ Seri Azureen, Raja Dato' Seri Eleena dan Raja Dato' Seri Yong Sofia.
Perkahwinan
Raja Ashman berkahwin dengan pelakon filem Yang Berbahagia Dato' Seri Noraini Jane pada 26 September 1991.
Mereka dikurniakan seorang putera dan dua orang puteri :
- Raja Eminah Alliyah (lahir pada 17 September 1992)
- YTM Raja Kecil Sulong, Raja Ahmad Nazim Azlan Shah, (lahir pada 10 Mac 1994)
- Raja Bainunisa Safia (lahir pada 3 April 1997)[1]
Pendidikan
Raja Ashman Shah mempunyai :
- Diploma dalam Undang-undang Perniagaan daripada Universiti London, England;
- Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi daripada Universiti Nottingham, England;
- Ijazah Sarjana dalam Undang-undang daripada Universiti Cambridge, England; dan
- Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London.[2]
Keagamaan
Dalam bidang keagamaan, Raja Ashman pernah menuntut ilmu kesufian dengan Sheikh Nazim Al-Haqqani - tariqat Naqshabandiah Aliyah dan di kurniakan Ijazah dalam pengkhususan (permission of initiating seekers, teaching the masses and channelling divine energy). Beliau juga dilantik sebagai perwakilan utama Gerakan tariqat tersebut di Malaysia.
Kerjaya
Raja Ashman Shah mempunyai beberapa peranan utama dalam bidang profesional :
- Pengarah Eksekutif Syarikat Dreamland Holding dari 1990 hingga 2012.
- Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Haqqani Malaysia dari 1994 hingga 2012.
- Pengerusi Syarikat Dwitasik Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.
- Pengarah Urusan Syarikat KKB Engineering Sdn Bhd dari 1994 hingga 2012.
Kemangkatan
Mangkat pada 30 Mac 2012 pada jam 1:30 pagi akibat serangan asma. Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah (54 tahun) mangkat di kediamannya No. 25, Jalan Setia Kasih 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Setiausaha Sulit kepada Sultan Perak Kol Datuk Abdul Rahim Mohamad Nor menjelaskan bahawa jenazah dibawa ke Masjid Ubudiah, Bukit Chandan di Kuala Kangsar. Solat jenazah diadakan di Masjid Ubudiah dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Chandan.[3]
Terasul dan gelaran
- 28 Disember 1958 - 11 Mei 1987 : Yang Amat Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah [4]
- 11 Mei 1987 - 19 April 1988 : Yang Teramat Mulia Raja Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan
- 19 April 1988 - 10 Mac 1998 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Bongsu Perak Darul Ridzuan
- 10 Mac 1998 - 16 Mac 2010 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan
- 16 Mac 2010 - 30 Mac 2012 : Yang Teramat Mulia Raja Dato' Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Raja Kecil Sulong Perak Darul Ridzuan
Rujukan
- ^ The Royal Ark, Perak, p.16
- ^ Blazing trails in halls of Academia
- ^ Raja Ashman anakanda Sultan Perak mangkat akibat asma
- ^ Raja Ashman Shah's death with decorations details of the members of the Perak succession