Rahsia dagang adalah maklumat yang tidak diketahui oleh umum di bidang teknologi dan / atau perniagaan di mana mempunyai nilai ekonomi kerana berguna dalam kegiatan usaha, dan dirahsiakan oleh pemilik rahsia dagang.
Lingkungan perlindungan rahsia dagang meliputi kaedah pengeluaran, kaedah pemprosesan, kaedah jualan, atau maklumat lain di bidang teknologi dan / atau perniagaan yang mempunyai nilai ekonomi dan tidak diketahui oleh masyarakat umum.
Rahsia dagang mendapat perlindungan apabila maklumat itu:
- Bersifat rahsia dan hanya diketahui oleh pihak tertentu bukan secara umum oleh masyarakat,
- Mempunyai nilai ekonomi apabila boleh digunakan untuk menjalankan kegiatan atau usaha yg bersifat komersial atau dapat meningkatkan keuntungan ekonomi,
- Dirahsiakan apabila pemilik atau para pihak yang menguasainya telah melakukan langkah-langkah yang layak dan patut.
Pemilik rahsia dagang boleh memberikan lesen bagi pihak lain. Yang dimaksudkan dengan lesen adalah izin yang diberikan kepada pihak lain melalui suatu perjanjian berdasarkan pada pemberian hak (bukan pengalihan hak) untuk menikmati manfaat ekonomi dari suatu rahsia dagang yang diberikan perlindungan pada jangka waktu tertentu dan syarat tertentu.
Tidak dianggap sebagai pelanggaran rahsia dagang apabila:
- Mengungkap untuk kepentingan pertahanan negara, kesihatan, atau keselamatan masyarakat,
- Kejuruteraan ulang atas produk yang dihasilkan oleh penggunaan rahsia dagang milik orang lain yang dilakukan semata-mata untuk kepentingan pembangunan lebih lanjut produk yang bersangkutan.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.