RSS Valiant (P91) merupakan kapal perang tentera laut Singapura jenis kapal korvetes peluru berpandu yang sentiasa bersedia mempertahankan negara pulau Singapura.
Persenjataan
- 1 x 76mm meriam Oto Melara
- 8 x peluru berpandu Harpoon
- 6 x tube torpedo Whitehead torpedo
- 16 x anti peluru berpandu Barak
- 4 x 0.5" MG
Kapal peronda RSS Valiant milik Singapura merupakan kapal jenis korvetes peluru berpandu. RSS Valiant memenuhi keperluan Singapura dan berperanan mempertahankan Singapura dari kapal-kapal musuh. RSS Valiant dibina oleh Lurssen Werft, Bremen. Ia dilancarkan pada 22 Julai 1989 dan ditauliah pada 25 May 1991.
Kapal lain dalam kelas yang sama adalah RSS Victory, RSS Valour, RSS Vigilance, RSS Valiant, RSS Vigour, dan RSS Vengeance.
RSS Valiant mempunyai 49 orang anak kapal termasuk 8 pegawai. RSS Valiant dilengkapi untuk misi pertempuran kapal ke kapal di permukaan laut "anti-surface warfare".
Kapal korvetes RSS Valiant sepanjang 62.4 m; 58meter * 8.5meter * 3.1meter ( 204.7kaki keseluruhannya; 190.3kaki lebar * 27.9kaki * 10.2kaki) mempunyai kelajuan bertempur pada 35 knot dengan jarak pada 4,000 batu nautikal pada kelajuan 18 knot / 2,000 batu nautikal pada kelajuan 22 knot. RSS Valiant mempunyai seseran 595 tan penuh atau 550 tan ketika kosong.
Rekabentuk kapal membenarkan tatarajahnya ditukar bagi menerima pelbagai sistem persenjataan dan pengesan untuk memenuhi keperluan operasi yang berkembang bagi angkatan tentera Singapura.
TORPEDO
Torpedo : 6-324 mm Whitehead B 515 ( 2 tiub kembar tiga ). Whitehead A 244S; anti-kapal selam; aktif/passif homing pada 7 km ( 3.8 batu n ) pada 33 knot; kepala peledak 34 kg ( shaped charge ).
Kapal korvetes RSS Valiant ini dilengkapi dengan 2 tiub kembar tiga pelancar torpedo 6-324 mm Whitehead B 515. RSS Valiant juga dilengkapi dengan Whitehead A 244S; anti-kapal selam; aktif/passif homing berkesan pada 7 km ( 3.8 batu n ) dengan kelajuan 33 knot dan mempunyai kepala peledak 34 kg ( shaped charge ).
PELURU BERPANDU
Sistem pertahanan udara adalah pelancar peluru berpandu berkembar Octuple IAI/Rafael Barak I radar atau kawalan optik pada jarak 10 km ( 5.5 m) pada kelajuan 2 Mach; Ia mempunyai kepala peledak seberat 22 kg.
Selain itu kapal korvetes RSS Valiant juga dilengkapi dengan 8 peluru berpandu Permukaan ke Permukaan (SSM) McDonnell Douglas Harpoon (SSM) beserta sasaran radar aktif "active radar homing" sehingga pada jarak 130 km ( 70 batu nautikal ) pada kelajuan 0.9 Mach. Peluru berpandu ini dilengkapi dengan kepala peledak seberat 227 kg. Atau juga dengan 16 X Sistem Peluru Berpandu Barak.
MERIAM
Meriam utama kapal perang RSS Valiant yang dipasang pada dek hadapan, adalah meriam tunggal OTO Melara 3 in ( 76 mm )/62 Super Rapid dengan 85 darjah dongakan yang mampu memuntahkan 120 biji/min pada jarak 16 km ( 8.7 batu nautikal) menawarkan pertahanan udara jarak-dekat terhadap pesawat sayap kekal dan pesawat sayap berputar dan terhadap peluru berpandu anti-kapal yang datang. Berat termasuk sarung "weight to shell" 6 kg. Kapal peronda ini juga dilengkapi dengan empat CIS 50 12.7mm mesingan pelbagai guna.
PENANGKIS "COUNTERMEASURES"
Mempunyai 2 pelancar chaff umpan penangkis Plessey Shield 9-laras. Untuk penangkis jarak jauh RSS Valiant mampu dilengkapi dengan 4 Rafael ( 2 berkembar ) pelancar chaff jarak jauh akan dipasang di bawah sayap Dek Pemerintah - "bridge".
RSS Valiant juga mempunyai sistem ESM jenis Elisra SEWS; pemintas, sementara sistem Tindakan Penangkis Eletronik "Electronik Counter Measure (ECM)": Rafael RAN 1101; Jammer.
Radar penerima amaran kapal ini adalah Ericsson/Radamec Sea Giraffe 150 HC; G/H-band. Radar penerima amaran Ericsson/Radamec Sea Giraffe 150 HC melaksanakan pengesanan dan penganalisan pantas pancaran radar musuh dan berciri pengukur frekuensi segera instantaneous frequency measurement (IFM), penentu arah segera instantaneous direction finding (IDF) dan penganalisa ancaman.
PENGESAN
RSS Valiant memiliki radar pengesan permukaan Ericsson/Radamec Sea Giraffe 150 HC yang beroperasi pada gelombang G dan H. Sistem kawalan tembakan sistem perintah Elbit SATCOM dengan kawalan senjata pengarah optronik "optronic director" Elbit MSIS.
2 Elta EL/M-2221(X) adalah radar pengawas dan pembedil yang berupaya memberikan carian radar dan amaran ancaman pada gelombang I/J/K. Radar tersebut memberikan pengesanan pencari sasaran di udara dan permukaan bersepadu dan beroperasi dalam trek ketika mod pengawas "scan mode". Kapal ini juga dilengkapi dengan radar pengemudi Kelvin Hughes 1007 jalur I.
RSS Valiant juga dilengkapi dengan anti-kapal selam (ASW) dan dilengkapi dengan sonar pencarian dan menyerang aktif berfrekuensi serdahana di badan kapal jenis Thomson Sintra TSM 2064 - VDS.
TUJAHAN
Kapal RSS Valiant mempunyai empat enjin disel MTU 16V 538 TB 93 disambung kepada kotak gear yang menghasilkan 15,020 hp (m) (11 MV) secara berterusan dengan empat gandar "shaft".