’’’Qi’tah’’’ yang terawal mula muncul di alam Melayu dalam karya Taj al-Salatin, yang bererti potongan, keratan atau sebahagian. Ia merupakan jenis puisi yang membentuk qasidah yang menceritakan sesuatu topik dan mempunyai irama dan struktur yang sama dengan qasidah.
Qi'tah mempunyai antara dua hingga dua belas rangkap, dan dikelaskan dalam kategori sajak separuh terikat.
Contoh Qi'tah Zalim
Celaka yang besar zalim itulah
Dengarkan daripada celaka
Ia neraka sentiasa sertanya aniaya
Itulah ia yang neraka ia
(Taj al-Sulatin 1966)