QWERTY (disebut /kwɜːti/) ialah bentangan papan kekunci yang paling biasa digunakan untuk papan kekunci komputer dan mesin taip pada hari ini. Ia mendapatkan namanya daripada enam huruf yang pertama dalam baris huruf yang teratas dalam papan kekunci.
Reka bentuk QWERTY dipatenkan oleh Christopher Sholes, seorang editor akhbar yang tinggal di Milwaukee, Amerika Syarikat, pada tahun 1874. [1] Patennya kemudian dijual kepada syarikat E. Remington and Sons pada tahun yang sama apabila ia muncul buat pertama kali dalam mesin taip.
Sejarah dan tujuan
Pada asalnya, huruf-huruf pada mesin taip yang direka oleh Christopher Sholes disusun mengikut urutan abjad. Apabila operator mesin taip telah mahir dan dapat menaip dengan pantas, bar-bar taip yang terletak berhampiran dalam papan kekunci seringnya didapati tersangkut dan memaksakan jurutaip membebaskannya secara insani. Perbuatan ini juga selalu mencomotkan dokumen.[2]
James Densmore, seorang rakan perniagaan Sholes, kemudian mencadangkan pengasingan kekunci bagi huruf-huruf yang biasa digunakan untuk mengatasi masalah tersebut. Kesan penyusunan semula huruf-huruf terhadap kepantasan menaip merupakan suatu persoalan yang masih dipertikaikan. Sesetengah sumber menegaskan bahawa bentangan QWERTY direka bentuk semata-mata untuk memperlahankan penaipan agar mengurangkan kejadian bar-bar taip terjepit.[3]
Sebaliknya, sumber-sumber yang lain menegaskan bahawa penyusunan semula itu bertujuan untuk mengelakkan bar-bar taip yang digunakan berturut-turut diletakkan bersebelahan dan dengan itu, mengurangkan gangguan bar taip antara satu sama lain.[4][5][6]
Baris asas (ASDFGHJKL) dalam bentangan QWERTY dipercayai merupakan saki-baki bentangan abjad yang lama yang digantikan oleh QWERTY. QWERTY juga mencuba menggilir-gilirkan kekunci antara kedua-dua tangan dan membenarkan satu tangan menyediakan diri semasa tangan yang lain menekan kekunci.
Satu akibat bentangan yang malang untuk jurutaip yang biasanya menggunakan tangan kanan adalah bahawa lebih banyak perkataan bahasa Inggeris dieja dengan hanya menggunakan tangan kiri. Sebenarnya, beribu-ribu perkataan bahasa Inggeris dieja dengan hanya menggunakan tangan kiri, berbanding dengan hanya beberapa ratus perkataan yang dapat ditaip dengan hanya menggunakan tangan kanan. Ini amat membantu orang yang biasanya menggunakan tangan kiri [7] serta juga mereka yang menggunakan komputer, dengan tangan kanan dikhaskan untuk tetikus dan tangan kiri dibebaskan sebagai tangan utama untuk menaip.
Lihat juga
- Bentangan papan kekunci
- Bentangan-bentangan alternatif
- Kebergantungan laluan
- Kecederaan ketegangan berulang
- Papan kekunci Maltron
- Papan Kekunci Termudah
- Penaipan sentuh
- Velotaip
- WASD
Rujukan
- ^ Inventors: Papan kekunci Sholes
- ^ "AbcKeyboard: Bagaimana kita terpaut kepada QWERTY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-20. Dicapai pada 2007-11-10.
- ^ Schadewald, Robert (Disember 1982 – Januari 1983). "The Literary Piano". Technology Illustrated. Cite has empty unknown parameter:
|coauthors=
(bantuan)CS1 maint: date format (link) - ^ Adalah dicadangkan juga bahawa baris teratas direka bentuk semata-mata untuk mengandungi semua huruf bagi perkataan "typewriter" (mesin taip) agar memudahkan para jurujual mesin taip "mematuk" perkataan "typewriter" dengan lebih pantas dan lebih mudah tanpa kelihatan "mencari-cari" kekuncinya.
- ^ Dvorak: Alternatif kepada QWERTY
- ^ Engines of Our Ingenuity: QWERTY
- ^ "Discover: Sumpahan QWERTY". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-03. Dicapai pada 2007-11-10.
Pautan luar
- (Melayu) Ensiklokamus Teknologi Maklumat: QWERTY secara ringkas
- Ensiklopedia EH.NET: Rencana mengenai QWERTY dan Kebergantungan Lalunan
- Alfatyping: Tutor penaipan QWERTY percuma, dengan ujian kepantasan penaipan sentuh
- Siteuri: Peralatan Dvorak lwn QWERTY Diarkibkan 2008-04-15 di Wayback Machine — peralatan untuk membandingan kecepatan Dvorak dengan QWERTY
- Geocities: Sumpahan Qwerty oleh Jared Diamond atau di sini Diarkibkan 2007-02-03 di Wayback Machine
- Utdallas: Dongeng Kekunci mempertikaikan Sumpahan Qwerty
- Dvorak-Keyboard: Rencana yang mempertikaikan keesahan "Dongeng Kekunci"
- Independent: Mitos QWERTY Diarkibkan 2004-08-14 di Wayback Machine
- Earthlink: Perhubungan QWERTY dan maklumat sejarah
- Mwbrooks: Memperkenalkan Papan Kekunci Dvorak
- Members.AOL: Perkataan Mesin Taip
- Earthlink: Mengapa QWERTY direka"
- Latkey: Pengesyoran penaipan papan kekunci
- Artlebedev: Di mana Pada Suatu Ketika Adanya Koma — Pereka Bentuk Artemy Lebedev berbincang tentang bentangan papan kekunci serta sejarah QWERTY
- JLG: Bentangan Papan Kekunci Terluas untu Amerika Syarikat — perisian percuama, bentangan papan kekunci menepati QWERTY, serta aksara Unikod dan aksara teraksen
- Sourceforge: Papan kekunci bahasa Arab dalam talian yang berasaskan QWERTY (ISLAM-91)