Putera Hisahito, Putera Diraja Akishino (B. Jepun: 秋篠宮悠仁親王 Akishino no miya Hisahito shinnō), lahir 6 September 2006, merupakan anak ketiga kepada Putera Mahkota Akishino Fumihito dan Puteri Mahkota Akishino Kiko, dan merupakan anak lelaki yang pertama.[1][2] Beliau telah dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo. Mengikut urutan anggota keluarga diraja yang terkini, dia berada di barisan ketiga untuk menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun. Hal ini disebabkan Parlimen Jepun masih belum memutuskan sama ada akan menggubal peraturan baru bagi membenarkan seorang perempuan, iaitu anak tunggal Putera Makhota Naruhito, Puteri Aiko menaiki takhta.
Putera Hisahito mempunyai dua orang kakak, Puteri Mako dari Akishino (lahir 23 Oktober 1991) dan Puteri Kako dari Akishino (lahir 29 Disember 1994).
Kelahiran
Beliau dilahirkan pada 8:27 a.m. (2327 GMT) dan beratnya ialah 2556 g (5 lb 10 oz). Namanya mempunyai maksud "ketenangan dan ukuran moral tertinggi, menurut Agensi Anggota Diraja. Namanya dipilih oleh ayahandanya yang juga meletakkan sejenis kotak kayu di tepi bantal anaknya. Kotak yang diperbuat daripada kayu paulownia itu berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun.
Kerabat diraja Jepun |
YTM Puteri Hitachi |
Rujukan
- ^
"Japan princess gives birth to boy". BBC News. 2006-09-06. Dicapai pada 2006-09-05. Check date values in:
|date=
(bantuan) - ^ Walsh, Bryan (2006-09-05). "Japan Celebrates: It's a Boy!". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-13. Dicapai pada 2006-09-05. Check date values in:
|date=
(bantuan).
Pautan luar
Didahului oleh Putera Akishino |
Barisan takhta diraja Jepun | Diikuti oleh: Putera Hitachi |