Putera Edward | |||||
---|---|---|---|---|---|
Duke Edinburgh | |||||
Keputeraan | Istana Buckingham, London, England | 10 Mac 1964||||
Pasangan | Sophie Rhys-Jones (k. 1999) | ||||
Anakanda | |||||
| |||||
Kerabat | Windsor | ||||
Ayahanda | Putera Philip, Duke Edinburgh | ||||
Bonda | Elizabeth II | ||||
Pendidikan |
| ||||
Kerabat diraja United Kingdom dan alam Komanwel lain |
---|
|
Putera Edward, Duke Edinburgh, KG, GCVO, CD, ADC (Edward Antony Richard Louis; diputerakan 10 Mac 1964)[2] ialah ahli keluarga diraja British. Baginda ialah paduka anakanda bongsu kepada Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Duke Edinburgh, serta paduka adinda termuda kepada Raja Charles III. Edward kini berada di tempat ke-13 dalam susur galur pewarisan takhta British.
Edward, yang diputerakan di Istana Buckingham, bersekolah di Heatherdown School dan Gordonstoun College sebelum menghabiskan sebahagian daripada tahun jurangnya mengajar di Whanganui Collegiate School di New Zealand. Baginda belajar di Jesus College, Cambridge, dan lulus dari Universiti Cambridge pada tahun 1986 dengan ijazah dalam sejarah. Selepas berkhidmat sebentar di Marin Diraja, Edward bekerja sebagai pembantu penerbitan teater di Really Useful Theatre Company sebelum membantu dalam penerbitan televisyen. Baginda kemudiannya menubuhkan syarikatnya sendiri, Ardent Productions.
Edward berundur daripada syarikat itu pada 2002 untuk memulakan tugas sepenuh masa sebagai ahli keluarga diraja yang bekerja dan menjalankan penglibatan awam bagi pihak Ratu. Baginda memegang naungan lebih 70 badan amal dan organisasi, termasuk National Youth Theatre, Sport and Recreation Alliance dan Persatuan Paralimpik British. Kerja amalnya memfokuskan pada seni, olahraga, dan pembangunan Anugerah Duke Edinburgh, yang berpusat di sekitar kecergasan, kesejahteraan dan khidmat masyarakat.
Edward telah dijadikan Earl Wessex sebelum berkahwin dengan Sophie Rhys-Jones pada tahun 1999. Pasangan itu mempunyai dua anakanda: Lady Louise Mountbatten-Windsor dan James Mountbatten-Windsor, Viscount Severn. Pada 2019, Edward diberi gelaran tambahan iaitu Earl Forfar.
Keturunan
Keturunan Putera Edward, Duke Edinburgh[3] |
---|
Lihat juga
Nota
- ^ Edward biasanya tidak menggunakan nama keluarga tetapi apabila diperlukan, ia adalah Mountbatten-Windsor.[1] Nama tengah Louis disebut sebagai "loo-wee".
Rujukan
- ^ "The Royal Family name". Official website of the British monarchy. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 February 2009. Dicapai pada 3 February 2009.
- ^ "TRH The Earl and Countess of Wessex". Members of The Royal Family. Buckingham Palace. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 March 2008. Dicapai pada 19 March 2008. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan) - ^ Paget, Gerald (1977). The Lineage and Ancestry of H.R.H. Prince Charles, Prince of Wales (2 vols). Edinburgh: Charles Skilton. ISBN 978-0-284-40016-1.
Pautan luar
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Putera Edward, Duke Edinburgh |
- "The Earl of Wessex". at the Royal Family website.
- Prince Edward, earl of Wessex di Encyclopædia Britannica
- Putera Edward, Duke Edinburgh di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
Putera Edward, Duke Edinburgh Tarikh keputeraan: 10 Mac 1964
| ||
Susunan penggantian | ||
---|---|---|
Didahului oleh Puteri Eugenie dari York |
Pewarisan ke takhta British ke-10 dalam susur galur |
Diikuti oleh Viscount Severn |
Bangsawan United Kingdom | ||
Ciptaan baharu | Earl Wessex 1999–kini |
Pemegang jawatan kini Heir: James, Viscount Severn |
Susunan keutamaan di United Kingdom | ||
Didahului oleh Duke York |
Lelaki Earl Wessex |
Diikuti oleh Duke Cambridge |
Lelaki dalam amalan sekarang |
Diikuti oleh Duke Sussex | |
Jawatan akademik | ||
Didahului oleh Lord Tugendhat |
Canselor Universiti Bath 2013–kini |
Pemegang jawatan kini |