Perincian kejohanan | |
---|---|
Negara tuan rumah | Itali |
Tarikh | 6–10 Oktober |
Pasukan | 4 |
Tempat | 2 (di 2 bandar) |
Kedudukan Akhir | |
Juara | Perancis (Kejuaraan Ke-1) |
Naib Juara | Sepanyol |
Tempat Ketiga | Itali |
Tempat Keempat | Belgium |
Statistik kejohanan | |
Jumlah perlawanan | 4 |
Jaringan gol | 14 (3.5 per perlawanan) |
Kehadiran | 94,168 (23,542 per perlawanan) |
Penjaring terbanyak | Karim Benzema Kylian Mbappé Ferran Torres (Masing-masing 2 gol) |
Pemain terbaik | Sergio Busquets |
← 2019 2023 → |
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara UEFA 2021 akan menjadi kejohanan terakhir edisi 2020–21 Liga Negara-Negara UEFA, musim kedua kejohanan bola sepak antarabangsa yang melibatkan pasukan kebangsaan lelaki dari 55 ahli persatuan UEFA. Kejohanan ini akan diadakan dari 6 hingga 10 Oktober 2021,[1] dan akan dipertandingkan oleh empat pemenang kumpulan Liga A Negara-Negara. Kejohanan ini akan terdiri daripada dua separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir untuk menentukan juara Liga Negara-Negara UEFA.
Portugal adalah juara bertahan, setelah menjuarai kejohanan sulung pada 2019. Namun, mereka gagal melayakkan diri ke pusingan akhir 2021 setelah menduduki tempat kedua dalam kumpulan mereka di belakang Perancis.[2]
Perancis memenangi perlawanan akhir 2–1 menewaskan Sepanyol untuk gelaran Liga Negara-Negara UEFA pertama mereka.
Format
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara akan berlangsung pada bulan Oktober 2021 dan akan dipertandingkan oleh empat juara kumpulan Liga A. Empat pasukan tersebut nanti masing-masing akan ditarik ke dalam kumpulan lima pasukan (bukan kumpulan enam pasukan) di peringkat kumpulan kelayakan Piala Dunia FIFA 2022, dengan demikian meninggalkan jendela bulan Oktober 2021 tersedia untuk Pusingan Akhir Liga Negara-Negara.[3]
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara ini dimainkan dalam format kalah mati, yang terdiri daripada dua separuh akhir, tempat ketiga, dan perlawanan akhir. Pasangan separuh akhir ditentukan dengan keputusan undian.[4] Semua perlawanan di kejohanan akan menggunakan sistem teknologi garisan-gol dan pembantu pengadil video (VAR).
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara, jika keputusan masih sama pada masa biasa:[5]
- Di separuh akhir dan perlawanan akhir, masa tambahan 30 minit dimainkan.[6] Jika keputusan masih lagi sama pada masa tambahan, pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti.
- Pada penentuan tempat ketiga, masa tambahan tidak dimainkan, dan pemenang akan ditentukan melalui sepakan penalti. (Ini adalah perubahan dari pusingan akhir 2019, yang memanfaatkan masa tambahan di perlawanan penentuan tempat ketiga.)
Pada 30 April 2020, Jawatankuasa Eksekutif UEFA meluluskan penggunaan maksimum lima penggantian dalam perlawanan di Pusingan Akhir Liga Negara-Negara (dengan keenam dibenarkan dalam masa tambahan).[7] Namun, setiap pasukan hanya diberikan tiga peluang untuk membuat penggantian, dengan peluang keempat yang dibenarkan dalam masa tambahan, tidak termasuk penggantian yang dibuat pada waktu separuh masa, sebelum permulaan masa tambahan dan pada waktu separuh masa di masa tambahan.[8] Penggunaan lima pengganti telah dibenarkan oleh IFAB semasa pandemik COVID-19 kerana menyebabkan terhasilnya kesesakan perlawanan, yang telah menimbulkan beban yang lebih besar kepada pemain.[9]
Pasukan layak
Empat juara kumpulan Liga A layak ke Pusingan Akhir Liga Negara-Negara.[10] Keempat-empat pasukan membuat kemunculan sulung mereka di Pusingan Akhir Liga Negara-Negara.
Kumpulan | Pasukan | Tarikh Layak |
Penampilan sebelumnya | Kedudukan UNL November 2020 |
Kedudukan FIFA September 2021 |
---|---|---|---|---|---|
A1 | Itali (tuan rumah) | 18 November 2020 | 0 (penampilan sulung) | 3 | 5 |
A2 | Belgium | 18 November 2020 | 0 (penampilan sulung) | 2 | 1 |
A3 | Perancis | 14 November 2020 | 0 (penampilan sulung) | 1 | 4 |
A4 | Sepanyol | 17 November 2020 | 0 (penampilan sulung) | 4 | 8 |
Jadual
Pusingan Akhir Liga Negara-Negara, awalnya dijadualkan pada 2-6 Jun 2021, dipindahkan ke 6-10 Oktober 2021 setelah penjadualan semula UEFA Euro 2020 ke Jun dan Julai 2021 berikutan dari pandemik COVID-19.[11][3] Kejohanan ini akan berlangsung selama lima hari, dengan separuh akhir pada 6 dan 7 Oktober (yang pertama menampilkan pasukan tuan rumah), penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir tiga hari selepas separuh akhir kedua pada 10 Oktober 2021.[1]
Pemilihan tuan rumah
Tuan rumah akan dipilih dari antara empat peserta akhir. Pada 24 September 2020, UEFA mengumumkan bahawa Itali, Belanda dan Poland telah menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah kejohanan tersebut, dimana ketiga-tiganya adalah anggota Kumpulan A1.[1] Sekiranya ahli keempat kumpulan, Bosnia dan Herzegovina, telah layak ke Pusingan Akhir Liga Negara-Negara, Jawatankuasa Eksekutif UEFA akan memutuskan tempatnya.[12]
Venue Bidaan
- Itali[12]
- Belanda[13]
- Poland[14]
- Stadium Nasional, Warsaw
- Stadium Polish Army, Warsaw (potensi venue kedua)
- Stadium Silesian, Chorzów (potensi venue kedua)
- Stadion Miejski, Kraków (potensi venue kedua)
Venue
Dalam dokumen Bidaan mereka, Persekutuan Bola Sepak Itali mencadangkan San Siro di Milan dan Stadium Juventus di Turin sebagai venue perlawanan.[12]
Milan | Turin |
---|---|
San Siro | Stadium Juventus |
Kapasiti: 75,923 | Kapasiti: 41,507 |
Undian
Pasangan separuh akhir akan ditentukan melalui undian terbuka pada 3 Disember 2020, 17:30 CET, di ibu pejabat UEFA di Nyon, Switzerland.[15][16][17][18] Dua pasukan pertama yang ditarik telah diperuntukkan untuk memasangkan pasangan A, sementara baki dua pasukan yang ditarik diperuntukkan untuk berpasangan B.[19] Untuk tujuan penjadualan, pasukan tuan rumah diperuntukkan ke separuh akhir 1 sebagai pasukan tuan rumah pentadbiran. Pasukan tuan rumah pentadbiran untuk penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir telah ditentukan sebagai pasukan yang mara dari separuh akhir 1.[5]
Skuad
Setiap pasukan kebangsaan perlu mengemukakan skuad 23 pemain, tiga dari mereka mestilah penjaga gol, sekurang-kurangnya sepuluh hari sebelum perlawanan pembukaan kejohanan. Sekiranya pemain menjadi cedera atau sakit cukup untuk menghalang penyertaannya dalam perlawanan sebelum perlawanan pertama pasukannya, dia akan digantikan oleh pemain lain.[5]
Gambaran
Separuh Akhir | Pentas Akhir | |||||
6 Oktober – Milan | ||||||
Itali | 1 | |||||
10 Oktober – Milan | ||||||
Sepanyol | 2 | |||||
Sepanyol | 1 | |||||
7 Oktober – Turin | ||||||
Perancis | 2 | |||||
Belgium | 2 | |||||
Perancis | 3 | |||||
Tempat Ketiga | ||||||
10 Oktober – Turin | ||||||
Itali | 2 | |||||
Belgium | 1 |
Semua masa adalah tempatan, CEST (UTC+2).
Separuh Akhir
Itali vs Sepanyol
Itali | 1–2 | Sepanyol |
---|---|---|
Laporan |
|
Itali[21]
|
Sepanyol[21]
|
|
|
Pemain terbaik perlawanan:
Penolong pengadil:[21]
|
Belgium vs Perancis
Belgium | 2–3 | Perancis |
---|---|---|
|
Laporan |
|
Belgium[24]
|
Perancis[24]
|
|
|
Pemain terbaik perlawanan:
Penolong pengadil:[24]
|
Tempat Ketiga
Itali | 2–1 | Belgium |
---|---|---|
|
Laporan |
Itali[27]
|
Belgium[27]
|
|
|
Pemain terbaik perlawanan:
Penolong pengadil:[27]
|
Pentas Akhir
Sepanyol | 1–2 | Perancis |
---|---|---|
|
Laporan |
|
Sepanyol[30]
|
Perancis[30]
|
|
|
Pemain terbaik perlawanan:
Penolong pengadil:[32]
|
Rujukan
- ^ a b c "Two triple-headers approved for 2021 March and September national team windows". UEFA. 24 September 2020. Dicapai pada 24 September 2020.
- ^ "Portugal 0–1 France: N'Golo Kante winner sends Blues into finals". BBC Sport. 14 November 2020. Dicapai pada 17 November 2020.
- ^ a b "European Qualifiers: FIFA World Cup – Qualifying draw procedure" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 18 June 2020. Dicapai pada 18 June 2020.
- ^ "UEFA Nations League finals: All you need to know". UEFA.com. Union of European Football Associations. 16 November 2020. Dicapai pada 16 November 2020.
- ^ a b c "Regulations of the UEFA Nations League, 2020/21" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 13 October 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 November 2020. Dicapai pada 13 October 2019.
- ^ "Amendments to football's Laws of the Game in various UEFA competitions". UEFA.com. Union of European Football Associations. 5 July 2018. Dicapai pada 5 July 2018.
- ^ "Five substitutions allowed at UEFA EURO 2020 and 2021 UEFA Nations League Finals". UEFA. 31 March 2021. Dicapai pada 31 March 2021.
- ^ "Temporary amendment to Law 3" (PDF). International Football Association Board. Zürich. 8 May 2020. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 30 November 2020. Dicapai pada 31 March 2021.
- ^ "IFAB approves trials with additional concussion substitutes". International Football Association Board. 16 December 2020. Dicapai pada 30 March 2021.
- ^ "Who is in the Nations League finals?". UEFA. 18 November 2020. Dicapai pada 18 November 2020.
- ^ "Resolution of the European football family on a coordinated response to the impact of the COVID-19 on competitions". UEFA.com. Union of European Football Associations. 17 March 2020. Dicapai pada 17 March 2020.
- ^ a b c "Milan and Turin candidates to host UEFA Nations League finals". Italian Football Federation. 24 September 2020. Dicapai pada 18 November 2020.
- ^ "Nederland kandidaat voor organisatie Nations League Finals 2021" [The Netherlands candidate for organiser of the 2021 Nations League Finals]. Royal Dutch Football Association (dalam bahasa Belanda). 24 September 2020. Dicapai pada 18 November 2020.
- ^ "Polska walczy z rywalami z grupy o organizację final four Ligi Narodów" [Poland is fighting with rivals from the group to organise the final four of the Nations League]. TVN24 (dalam bahasa Poland). 24 September 2020. Dicapai pada 18 November 2020.
- ^ "UEFA Nations League finals draw". UEFA. 27 November 2020. Dicapai pada 27 November 2020.
- ^ "UEFA Nations League finals draw". UEFA. Dicapai pada 30 November 2020.
- ^ "2021 UEFA Nations League Finals Press Kit" (PDF). UEFA. 1 December 2020. Dicapai pada 1 December 2020.
- ^ "Nations League finals draw: Italy vs Spain, Belgium vs France". UEFA. 3 December 2020. Dicapai pada 4 December 2020.
- ^ "UEFA Nations League 2020/21: Finals draw procedure" (PDF). UEFA. 27 November 2020. Dicapai pada 27 November 2020.
- ^ "Full Time Report – Semi-finals – Italy v Spain" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 6 October 2021. Dicapai pada 6 October 2021.
- ^ a b c "Tactical Line-ups – Semi-finals – Italy v Spain" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 6 October 2021. Dicapai pada 6 October 2021.
- ^ "Italy 1–2 Spain: Ferran Torres double ends Azzurri run". UEFA.com. Union of European Football Associations. 6 October 2021. Dicapai pada 6 October 2021.
- ^ "Full Time Report – Semi-finals – Belgium v France" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 7 October 2021. Dicapai pada 7 October 2021.
- ^ a b c "Tactical Line-ups – Semi-finals – Belgium v France" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 7 October 2021. Dicapai pada 7 October 2021.
- ^ "Belgium 2–3 France: Theo Hernández completes stunning comeback". UEFA.com. Union of European Football Associations. 7 October 2021. Dicapai pada 7 October 2021.
- ^ "Full Time Report – Third-place match – Italy v Belgium" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ a b c "Tactical Line-ups – Third-place match – Italy v Belgium" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ "Italy 2–1 Belgium: Azzurri secure third place at Nations League finals". UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ "Full Time Report – Final – Spain v France" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ a b "Tactical Line-ups – Final – Spain v France" (PDF). UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ "Spain 1–2 France: Les Bleus seal trophy with another comeback". UEFA.com. Union of European Football Associations. 10 October 2021. Dicapai pada 10 October 2021.
- ^ "English ref Anthony Taylor and his team to take charge of Spain v France in Milan". The Football Association. 8 October 2021. Dicapai pada 8 October 2021.