Peristiwa | Liga Juara-Juara UEFA 2014-15 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
Tarikh | 6 Jun 2015 | ||||||
Tempat | Olympiastadion Berlin,, Berlin | ||||||
Cuaca | Mendung 26 °C (79 °F) | ||||||
← 2014 2016 → |
Pusingan Akhir Liga Juara-Juara UEFA musim ini ialah perlawanan akhir untuk Liga Juara-Juara UEFA 2014-15. Perlawanan akhir ini merupakan musim ke-60 dan ke-23 sejak namanya ditukar kepada Liga Juara-Juara UEFA.Perlawanan ini dilangsungkan di Olympiastadion di Berlin, Jerman pada 6 Jun 2015.
Barcelona adalah pemenang, mengalahkan Juventus 3-1 untuk mendapatkan trofi kelima mereka.Sebagai pemenang, Barcelona layak untuk bermain menentang juara Liga Europa 2014-15, Sevilla, di Piala Super UEFA 2015. Barcelona layak mendapat slot ke separuh akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2015.
Stadium
Olympiastadion di Berlin akan menghoskan final ini.Ini merupakan pertama kali final Liga Juara-Juara UEFA dimainkan di sini.
Olympiastadion dibuat pada tahun 1936 untuk Sukan Olimpik 1936 di barat bandar.Pada perang dunia kedua, kawasan ini mengalami kerosakan kecil.
Stadium ini bertaraf 4 bintang UEFA.Sejak 1985, stadium ini telah menghoskan perlawanan akhir DFB-Pokal.Stadium ini bukan sahaja terkenal di olimpik ia juga mempunyai sejarah kuat dalam bola sepak, pernah menghoskan tiga perlawanan Piala Dunia FIFA 1974 dan menghoskan 6 perlawanan Piala Dunia FIFA 2006, termasuk final.
Duta
Karl-Heinz Riedle telah dinamakan sebagai duta untuk perlawanan akhir ini.Bekas pemain antarabangsa Jerman, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara bersama Borussia Dortmund menentang Juventus pada 1997, dinamakan sebagai duta untuk perlawanan akhir kali ini.
Tiket
Dengan kapasiti stadium ada 70,500, jumlah 46,000 tiket diberi kepada penyokong dan orang awam, dengan finalis diberi 20,00 tiket dan 6,000 lagi dijual kepada penyokong di serata dunia menerusi UEFA.com daripada 5 hingga 23 Mac 2015 dalam 4 kategori iaitu €390, €280, €160 dan €70.
Perlawanan
Juventus
|
Barcelona
|
|
|
Pemain Terbaik
|