![]() | |
Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 14 Oktober 2022 |
Ibu pejabat | Kuala Lumpur, Malaysia |
Kakitangan | 139 (penambahan Julai 2025) |
Menteri bertanggungjawab | |
Timbalan menteri bertanggungjawab | |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Dalam Negeri Malaysia Polis Diraja Malaysia |
Laman sesawang | Laman Web Rasmi NSRC |
Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) atau dalam Bahasa Inggeris National Scam Response Centre ialah sebuah pusat kawalan khas di bawah seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia bagi menangani penipuan kewangan dalam talian secara pantas dan bersepadu.
NSRC menyediakan saluran aduan pantas melalui talian hotline 997 dan bertindak sebagai pusat sehenti untuk mangsa scam membuat laporan bagi tindakan serta-merta.
Sejarah
NSRC dilancarkan secara rasmi pada 14 Oktober 2022 sebagai sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk menangani peningkatan kes penipuan dalam talian. Ia diwujudkan menerusi kerjasama antara:
- Polis Diraja Malaysia
- Bank Negara Malaysia
- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
- Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional
- Institusi kewangan utama Malaysia
Fungsi dan Operasi
Fungsi utama NSRC termasuk:
- Menerima aduan scam melalui talian hotline 997
- Menyalurkan maklumat kepada institusi kewangan dan agensi penguatkuasaan
- Membantu proses pembekuan akaun penipu
- Menyebarkan kesedaran awam melalui kempen anti-scam
NSRC beroperasi 24 jam sehari, termasuk hari cuti. [2]
Pengurusan
Pada Julai 2025, NSRC diserahkan sepenuhnya kepada kendalian Polis Diraja Malaysia melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) bagi meningkatkan kecekapan operasi. Penyerahan ini melibatkan:
- 139 jawatan baharu untuk staf NSRC dalam PDRM
- Pengukuhan pusat di Cyberjaya untuk integrasi antara agensi.
Statistik
- Sehingga Julai 2025, kerugian akibat scam: RM1.6 bilion
- Panggilan harian diterima: Lebih 500 panggilan
- Sejak ditubuhkan hingga Ogos 2023: 122,603 panggilan diterima
Lokasi
Pada asalnya ia beroperasi di Kuala Lumpur, NSRC dijadualkan berpindah ke Cyberjaya mulai 2 September 2025 sebagai ibu pejabat kekal. Langkah ini diambil untuk mengoptimumkan hubungan dengan agensi berkaitan dan sektor teknologi. [7] [8]
Lihat juga
- Polis Diraja Malaysia
- Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
- Kementerian Dalam Negeri Malaysia
- Penipuan atas talian di Malaysia
Rujukan
- ^ https://www.bnm.gov.my/-/dgmo-spch-nsrc-launch
- ^ https://fintechnews.my/33086/security/malaysia-sets-up-national-scam-response-center-to-coordinate-rapid-responses/
- ^ https://amanz.my/2025525335/
- ^ https://www.bernama.com/en/news.php?id=2451606
- ^ https://www.themalaysianreserve.com/2025/07/23/nsrc-receives-500-scam-related-calls-daily-says-saifuddin/
- ^ https://www.mof.gov.my/portal/en/news/press-citations/national-scam-response-centre-logs-over-122-000-fraud-calls-since-2022-mof
- ^ https://malaysiagazette.com/2025/07/24/pusat-respons-scam-kebangsaan-nsrc-beroperasi-di-cyberjaya-september-ini/
- ^ https://www.malaymail.com/news/malaysia/2025/07/