Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 2010 |
Bidang kuasa | Kerajaan Malaysia |
Ibu pejabat | No. 2, Jalan 9/10, Persiaran Usahawan, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor |
Menteri bertanggungjawab |
|
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia |
Laman sesawang | www |
Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia atau Pusat Perubahan Iklim dan Teknologi Hijau Malaysia, didaftarkan sebagai Greentech Malaysia ialah sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan pada 2010. Agensi ini didahului oleh Pusat Tenaga Malaysia (PTM) yang ditubuhkan pada 1998. Tujuan utama agensi ini ialah untuk memangkin pelaksanaan teknologi hijau sebagai strategi Malaysia untuk pembangunan sosioekonomi dan berhasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab bagi sektor teknologi hijau menjelang 2020.[1][2] Ia merupakan agensi di bawah pentadbiran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia (NRES).
Ketua Pegawai Eksekutif Greentech Malaysia ialah Ts. Shamsul Bahar Mohd Nor yang memegang jawatan sejak 1 November 2019.[3][4]
Rujukan
- ^ "Greentech Malaysia: Promoting green technology" [Greentech Malaysia: Mempromosikan teknologi hijau] (PDF) (dalam bahasa Inggeris). TechMonitor. Dicapai pada 4 July 2019.
- ^ "How Malaysia is becoming a green technology hub" [Bagaimana Malaysia menjadi hab teknologi hijau] (dalam bahasa Inggeris). Clean Malaysia. 28 Ogos 2015. Dicapai pada 4 Julai 2016.
- ^ "GreenTech Malaysia appoints new chief executive officer" [GreenTech Malaysia melantik ketua pegawai eksekutif baru]. The Star Online (dalam bahasa Inggeris). 6 November 2019. Dicapai pada 11 Julai 2020.
- ^ Mohd Zaky Zainuddin (1 November 2019). "GreenTech Malaysia umum CEO baharu". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.