Puppy Dog Pals | |
---|---|
Fail:PuppyDogPals.jpg | |
Juga dikenali sebagai | Pengembaraan Anak Anjing |
Genre | |
Pencipta | Harland Williams |
Pengarah |
|
Pelakon suara |
|
Penggubah lagu tema | Andy Bean |
Lagu pembukaan | "Puppy Dog Pals" oleh Andy Bean |
Lagu penutup | "Puppy Dog Pals" (instrumental) |
Penggubah | Andy Bean |
Negara asal | Amerika Syarikat |
Bahasa | Inggeris |
Bilangan musim | 5 |
Bilangan episod | 113 (Senarai episod) |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Harland Williams[1] |
Tempoh siaran | 24 minit |
Syarikat penerbitan | Wild Canary Animation[1] |
Syarikat pengedaran | Disney–ABC Domestic Television |
Penyiaran | |
Saluran asal | |
Format gambar | HDTV 1080i |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 14 April 2017 | – sekarang
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Puppy Dog Pals (Puppy Dog Pals dalam versi bahasa Indonesia dan Pengembaraan Anak Anjing dalam versi bahasa Melayu; sebelum ini berjudulkan Puppy Dog Tails[2]) ialah sebuah siri animasi komputer televisyen kanak-kanak Amerika Syarikat yang dicipta oleh Harland Williams. Siri ini pertama kali ditayangkan di Disney Junior dan di Disney Channel di Amerika Syarikat pada 14 April 2017.[3]
Jalan cerita
Pengembaraan Anak Anjing adalah tentang dua ekor anak pug bersaudara,[1] Bingo dan Rolly, yang berseronok mengelilingi sekitar kejiranan mereka dan dunia apabila tuan mereka meninggalkan rumah. Mereka juga mempunyai kakak kucing yang bernama Hissy dan seekor anjing robot yang bernama A.R.F. (Autodoggy Robotic Friend).
Watak
Utama
- Bingo (disuarakan oleh Issac Ryan Brown) – Pug kelabu-hitam dengan kolar biru dengan petir yang lebih matang daripada kembarnya Rolly. Ia ketua bagi dirinya dan Rolly. Bingo sentiasa bersedia untuk melaksanakan misi dengan adiknya untuk membantu seseorang yang berkeperluan.
- Rolly (disuarakan oleh Sam Lavagnino) – Pug perang kekuning-kuningan dengan kolar merah dengan tulang emas. Ia tidak sepintar Bingo dan sangat suka bermain-main. Ia adik kembar kepada Bingo. Rolly suka mengunyah apa-apa yang dapat ditemukan, yang merupakan tabiat buruk.
- Bob (disuarakan oleh Harland Williams) – Tuan kepada Bingo, Rolly, Hissy, dan A.R.F. Dia juga bekerja sebagai Pereka Industri/Pereka Produk atau pencipta. Dalam Musim 2, Bob juga telah mengubah suai pagar di antara rumahnya dengan rumah Chloe supaya Keia dapat bermain dengan Bingo, Rolly, dan Hissy dan mereka semua dapat melawati rumah satu sama lain. Sebagai tambahan, Bob juga telah membuat kolar baharu untuk Keia, yang dipakai olehnya semasa misi dengan Bingo dan Rolly.
- Hissy (disuarakan oleh Jessica DiCicco) – Kucing tabi ungu yang sinis yang mempedulikan Bingo dan Rolly seperti kakak. Ia kadang-kadang mengikuti Bingo dan Rolly dalam misi mereka. Ia dan Cupcake sahaja merupakan haiwan dengan warna bulu tidak semula jadi.
- A.R.F. (dikenali sepenuhnya sebagai Autodoggy Robotic Friend; disuarakan oleh Tom Kenny) – Anjing robot yang dicipta oleh Bob. Ia pertama kali muncul dalam "A.R.F." dan dikemaskinikan oleh Bob dalam "Go, Dog. Go!". Ia selalu merujuk dirinya sebagai orang ketiga.
- Keia (disuarakan oleh Shiloh Nelson) – Anak anjing yang pertama kali muncul dalam Musim 2. Sebagai anak anjing baharu yang dimiliki oleh jiran sebelah Bob, Chloe dan ibunya, Keia juga bersahabat rapat dengan Bingo, Rolly, dan Hissy sejak bertemu dengan mereka. Ia juga dikenali kerana memakai baju lengan panjang berwarna firus dan kolar merah jambu dengan bintang emas padanya. Ia pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town".
- Strawberry (berkomunikasi dengan bunyi decit) – Kumbang kura-kura yang, seperti Bingo, Rolly, dan Hissy, merupakan sahabat rapat kepada Keia, sungguh rapat sehinggan Strawberry berada bersama Keia hampir setiap masa. Seperti Keia, Strawberry juga pertama kali muncul dalam episod tayangan perdana Musim 2, "A New Pup in Town". Keia telah menamai kumbang kura-kura ini "Strawberry" kerana, menurut Keia, ia menyerupai strawberi kerana badan merahnya dengan tompok hitam.
Berulang
- Cupcake (disuarakan oleh Jill Talley) – Anak anjing Malta merah jambu yang pernah tidak menyukai Bingo dan Rolly. Ia merupakan antagonis utama siri ini, tetapi menjadi anjing baik selepas episod "The Fang Fairy".
- Rufus (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Buldog dengan kolar hitam yang merupakan pembantu Cupcake. Ia diketahui mengejar Bingo dan Rolly berkali-kali, tetapi dalam "Haunted Howl-oween", selepas Rolly menanggalkan kostum Chloe daripadanya, ia membantu mereka pula untuk memulangkan kostum itu. Ia tidak banyak bercakap melainkan menggeram dan menggumam, kecuali satu pengecualian, iaitu Rufus mampu menyebut "Zeus", nama bagi anjing antagonistik dalam "How the Dog Park Was Won".
- Captain Dog (disuarakan oleh Patrick Warburton) – Bintang rancangan televisyen kegemaran Bingo dan Rolly.
- Frank Exposition (disuarakan oleh Leslie David Baker) – Lelaki yang secara kebetulan kerap dilihat bercuti dengan isterinya, Esther, semasa misi Bingo dan Rolly. Dalam "A Pyramid Scheme", dia terikat oleh reben, yang menyebabkan Bingo dan Rolly tersalah anggap bahawa dia mumia. Nama keluarganya muncul dalam kredit hujung tetapi tidak pernah disebut dalam episod.
- Esther Exposition (disuarakan oleh Cheri Oteri) – Isteri kepada Frank. Dalam "Hissy's Big Day", ia diperlihatkan mempunyai iguana peliharaan yang bernama Iggy.
- Bulworth (disuarakan oleh Huey Lewis) – Anjing tempat pembuangan sampah.
- Johnathan (disuarakan oleh Jeff Bennett) – Sahabat burung camar Bingo dan Rolly yang selalu bergurau senda.
- Chloe (disuarakan oleh Emma Shannon) – Anak gadis yang merupakan jiran kepada Bob. Setakat Musim 2, Chloe dan ibunya merupakan pemilik Kelia, seekor anak anjing baharu yang juga bersahabat baik dengan haiwan peliharaan Bob.
- Strider si Anjing Gembala (disuarakan oleh Mo Collins) – Anjing gembala biri-biri yang petah yang muncul dalam episod "Counting Sheep" dan "Rhapsody in Pug".
Pengeluaran
Siri ini ditayangkan pertama kali di Disney Junior pada 14 April 2017 di Amerika Syarikat dan di Kanada pada 23 April 2017. Playtime with Puppy Dog Pals disiarkan di Tiny Pop untuk mengiklankan musim 2 dengan anak anjing baharu, Keia.
Episod
Musim | Segmen | Episod | Tarikh siaran asal | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Amerika Syarikat | Asia Tenggara | ||||||
Pertama | Terakhir | Pertama | Terakhir | ||||
1 | 50 | 25 | 14 April 2017 | 27 Julai 2018 | 21 Ogos 2017 (televisyen) 5 September 2020[nb 1] (Disney+) |
29 April 2019 (televisyen) 5 September 2020[nb 1] (Disney+) | |
2 | 60 | 30 | 12 Oktober 2018 | 14 Oktober 2019 | 18 Mac 2019 (televisyen) 5 September 2020[nb 1] (Disney+) |
21 Jun 2020 (televisyen) 5 September 2020[nb 1] (Disney+) | |
3 | 50 | 25 | 8 November 2019 | 15 Oktober 2020 | 7 Mei 2020 (televisyen) 8 Oktober 2020[nb 1] (Disney+) |
2 Ogos 2021 (televisyen) 18 Januari 2021[nb 1] (Disney+) | |
4 | 32 | 16 | 23 Oktober 2020 | 19 November 2021[4] | 26 Februari 2021 (televisyen) 30 April 2021[nb 2] (Disney+) |
Akan diumumkan | |
5 | 40 | 20 | 14 Januari 2022 | 20 Januari 2023 | Akan diumumkan | Akan diumumkan |
Penyiaran
Siri ini ditayangkan pertama kali di Disney Junior di Amerika Syarikat pada 14 April 2017 dan di Disney Junior di Kanada pada 23 April 2017. Playtime with Puppy Dog Pals ditayangkan di Tiny Pop untuk mengiklankan Musim 2 dengan anak anjing baharu, Keia. Pada 24 Ogos 2017, Disney Junior memperbaharu siri ini untuk musim kedua, yang ditayangkan pertama kali pada 12 Oktober 2018. Pada 7 September 2018, musim ketiga ditempah. Sebelum tayangan perdana musim 3, musim keempat telah ditempah.
Media rumah
Media rumah diedarkan oleh Walt Disney Studios Home Entertainment.
Rantau | Judul | Episod | Musim | Tempoh | Tarikh | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|---|
1 | Going on a Mission! | 6 | 1 | 183 minit | 10 April 2018 | |
Playtime with Puppy Dog Pals | 6 | 1 | 183 minit | 22 Januari 2019 |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Calon | Keputusan | Rujukan |
---|---|---|---|---|---|
2018 | Daytime Emmy Awards | Outstanding Individual in Animation | Steve C. Meyers | Menang | |
Outstanding Casting for an Animated Series or Special | Allyson Bosch | Tercalon | |||
2019 | Annie Awards | Outstanding Achievement for Editorial in an Animated Television/Broadcast Production | Adam Rickabus | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c "Puppy Dog Pals – Fact Sheet". Disney Junior Press. 23 Mac 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-16. Dicapai pada 14 April 2017.
- ^ Mercedes Milligan (4 Mac 2016). "Disney Junior Announces 'Vampirina,' 'Puppy Dog Tails'". Animation Magazine. Dicapai pada 22 April 2017.
- ^ "'Puppy Dog Pals' To Premiere April 14 on Disney Channel". Animation World Network. 30 Mac 2017. Dicapai pada 14 April 2017.
- ^ "November 2021 Programming Highlights". Disney General Entertainment Content. Dicapai pada 23 Oktober 2021.
Original Series - Season Four Finale on Disney Channel Puppy Dog Pals “Runaway Wedding Ring/Bob and Ana’s Wedding”
Pautan luar
- Puppy Dog Pals di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Puppy Dog Pals di Disney Junior
- Puppy Dog Pals di WATCH Disney Junior
Ralat petik: Tag <ref>
wujud untuk kumpulan bernama "nb", tetapi tiada tag <references group="nb"/>
yang berpadanan disertakan